Saturday 16 September 2017

Dia Jejaka Eksklusif- Teaser 3

"Mukriez mana! Kenapa dia tak bertanggungjawab? Sedap nak sama-sama! Tapi sakit Iris tanggung sorang. Mana aci!" Marah Iris dengan air mata yang berlinangan.
Puan Laili garu kepala tengok anaknya membentak macam ni. Dulu beria marahkan si suami. Sekarang sibuk mencari pulak. Hish! Tak faham la.
"Mukriez dekat rumah dia la."
Iris mencebik sedih.
"Rumah bukan jauh pun 10 tapak jer. Tapi gaya macam merentas negeri!"
Puan Laili mengetap bibir. Kalau tak memikirkan yang Iris sedang mengandung, memang dah lama dia luku kepala anaknya itu.
Sekarang ni siapa yang lari dari siapa? Iris yang menjauhkan diri dari menantunya itu. Haritu, Mukriez datang, sibuk si anak menghalau. Sekarang nak marah-marah pulak menantunya.
"Kamu la pergi rumah dia. Dia kerja tu. Penat."
Iris kembali menyambung tangis. Menggogoi dia menangisi nasibnya yang malang. Ada suami, tapi suami tak datang jenguk.
"Iris teringin nak makan ayam paprik dia masak. Anak nakkk..." Adunya sungguh menyayat hati.
Puan Laili tepuk dahinya. Tapi dia pun tak sampai hati nak biarkan. Faham benar dengan perasaan ibu mengandung yang mengidam ni.
"Ye la. Nanti umi suruh dia masak ya?" Pujuk Puan Laili mengusap lembut belakang anaknya yang terbaring itu.
Ikmal yang baru balik kerja tercengang tengok si adik yang menangis serupa mati laki. Kening dinaikkan pada umi yang memandangnya dengan muka kelat.
"Kenapa umi?"
"Kamu jenguk rumah Mukriez kejap. Dia ada tak dekat rumah." Arah Puan Laili.
Ikmal yang pelik hanya mengangguk akur lalu keluar semula. Tak lama kemudian dia masuk kembali.
"Kereta dia ada. Dia ada kut." Jawabnya sambil mengambil tempat disalah satu kerusi yang kosong.
Iris yang mendengar pantas mengangkat kepala memandang Ikmal.
"Along tolong panggil dia kejap. Mintak dia tolong masak untuk Iris. Mengidam ni." Puan Laili besar-besarkan mata dia pada Ikmal. Mintak Ikmal layankan aje la permintaan dan perangai ibu mengandung ni.
Ikmal yang faham dengan isyarat mata uminya mencebik pada Iris. Tu la... dulu jual mahal! Kutuknya dalam hati lalu nak tak nak dia bangun juga untuk menuju ke rumah Mark.
Tak sampai 5 minit, Mark dah terpacak depan pintu rumah keluarga Iris dengan Ikmal yang berjalan dibelakangnya.
Iris yang nampak saja kelibat Mark makin kuat esakannya menyebabkan yang lain tergamam dan saling berpandangan sesama sendiri.
Puan Laili bagi isyarat mata agar Ikmal segera masuk kedalam bilik. Manakala, dia pun dah berdiri untuk beredar dari situ. Saja memberi peluang Iris bermanja dengan suaminya.
"Kenapa ni? Pucatnya muka." Mark berlutut di sisi Iris.
Mendengar suara itu menyoalnya penuh prihatin membuatkan Iris semakin sebak. Rindu dengan suaminya.
Teragak-agak Mark ingin mengusap kepala isterinya tapi dia terasa kekok. Dia takut Iris tidak suka dengan kelakuannya.
"Dah makan belum ni?"
Kepala mengeleng lemah menjawab soalan suaminya.
Mark semakin kerisauan. Bimbang tentang kesihatan Iris dan anak mereka.
"Mual ke?"
Sekali lagi kepala itu mengangguk dengan bibir tercebik.
Spontan, Mark mencium lembut dahi Iris. Kepala itu diusap sayang seperti dulu.
"Sabar ya. Allah nak bagi rezeki, jadi dia uji sikit." Pujuk Mark cuba menenangkan Iris.
Mengalir lesu air mata Iris mendengar suara itu lembut berkata-kata.
Mukriez Akmal masih tetap suaminya yang dulu. Yang sentiasa positif dan bersangka baik.
"Ikmal kata kau mengidam. Nak makan apa? Nanti aku usahakan."
"Paprik." Perlahan suara Iris menjawab.
Mark tersenyum nipis. Tangan masih bergerak lembut mengelus rambut isterinya.
Iris dan paprik memang tak dapat dipisahkan.

DIA JEJAKA EKSKLUSIF DAH BUKA ORDER!

DIA JEJAKA EKSKLUSIF karya Cik Bawang
Harga : RM25sm / RM28ss

Berminat nak beli online? Boleh whatsapp 0187877264 / FB Cik Bawang




Sinopsis :
"Mak tak kira, Mukriez! Kamu pergi jumpa jugak calon yang ke 51 yang mak aturkan ni." – Puan Rahmah
BERMULALAH dilema Mukriez Akmal atau Mark apabila diajukan calon-calon pilihan emaknya.
CALON 51!
"I'm actually not really interested with arranged marriage but looking at you now, makes me think twice to refuse."
Speaking London la pulak minah ni... 
Mark cuma senyum sinis. Tahu dah. Dia handsome! Tolonglah cakap tentang benda lain, benda ni dia dah lama tahu. Mark berfikiran nakal.
"Dengan senyuman awak. Wow! I'm melting! Awak memang pendiam ya? Senyum je dari tadi. So sweet!"
Urgh! Aku senyum sinis la! Makin menyampah pulak Mark tengok calon 51 ini.
JEJAKA itu misteri. Namun ketaatan Mark terhadap Puan Rahmah buat paratus kebaikan calon suami Nurul Iris itu sentiasa bertingkat tanpa dia ketahui siapa Mark sebenarnya.

Awak datang macam lanun. Awak pergi macam hujan. Awak tawan hati saya gaya lanun. Awak tinggalkan hati saya dengan pelangi lepas hujan. – Iris
Macam mana dia nak sedia? Sampai bila-bila pun dia tak sedia. Walaupun dia bekerja sebagai peguam, tetap hakikatnya dia pernah menjadi seorang pembunuh! – Mark
MAMPUKAH mereka bersatu?
Garapan Cik Bawang tetap kekal sempoi, ada hala tuju, tak kering gusi tanpa melupakan ilmu akhirat.

0 comments:

 
TeEn LoVe StOrY Blogger Template by Ipietoon Blogger Template