Saturday 19 August 2017

Dia Jejaka Eksklusif [Hikayaat seorang FIN]- Bab 2






BERAIR mata Mark dek kerana menahan diri daripada menguap sejak tadi. Ikutkan hati, dah lama dia angkat punggung dan pulang ke rumah. Tapi demi si emak yang disayangi, dia terpaksa akur juga kali ini. Dia ingat mak akan berputus asa lepas dia tolak mentah-mentah calon menantu emaknya itu. Eh! Malah Puan Rahmah siap tambah list lagi!
Mark tayang wajah bosan di hadapan calon ke 51 ini. Entah apa-apa sajalah si gadis ini membebel. Dari tadi mulut itu tidak berhenti langsung! Cerita tentang kerja sampai zaman tadika!
What the fish betullah!
Lebih baik waktu cuti yang jarang-jarang dia dapat ini dihabiskan dengan main game Dota atau meluangkan masa dengan emaknya di rumah.
 “I actually not really interested with arrange marriage but looking at you now, make me think twice to refuse.
Speaking London la pulak minah ni...
Mark cuma senyum sinis. Tahu dah. Dia handsome! Tolonglah cakap tentang benda lain, benda ni dia dah lama tahu. Mark berfikiran nakal.
“Dengan senyuman sinis awak. Wow! I’m melting!
Kalau Zainal, Malik dan Black ada di sini, pasti mereka gelakkan Mark terbahak-bahak. Mark diayat wanita lagi!
“Awak memang pendiam ya? Senyum je dari tadi. So sweet!
Urgh! Aku senyum sinis la! Makin menyampah pulak Mark tengok calon 51 ini. Mula-mula Mark lihat gadis itu berjalan masuk ke dalam kafe ini, Mark dah dapat agak yang pilihan emaknya kali ini juga sama dengan pilihan sebelum ini. Calon nombor 1 sehingga nombor 50.
Berpendidikan. Berkerjaya. Cantik menawan kau memang debom!
Tapi Mark tak rasa apa-apa. Setiap kali berjumpa dengan calon si emak, dia tayang muka toya je. Muka beku tak ada perasaan. Mark ingat dengan buat muka macam tu, semua gadis itu akan takut dengan Mark, malah akan menjauhkan diri.
Tapi....
Lain pula jadinya! Malah Mark siap dipuji kerana mempunyai aura yang maco dan berkarisma!
Serius! Mark tak faham dengan wanita zaman sekarang. Gamaknya semua suka lelaki dingin dan tak romantik macam dia ni. Aduhai!
Okay...stop talking about me. Sekarang cerita tentang awak. Saya dapat tahu awak dulu belajar di UKM ambil jurusan undang-undang dan sekarang sedang bekerja sebagai penasihat undang-undang di Syarikat Batman Holding.”
Mark yang tengah mengomel sendirian dalam hati terus panar bila butiran dirinya meniti di bibir merah jambu gadis di hadapannya. Pantas, dia yang sedang menunduk tadi mendongak merenung gadis itu.
“Awak dah 31 tahun kut. Kenapa awak tak kahwin lagi? Awak dah ada harta dan kerjaya. Hidup dah stabil. Apa yang awak tunggu lagi?” Sambung gadis itu lagi tanpa sedikit pun rasa gerun melihat renungan dingin Mark kepadanya.
Malah dia merasakan renungan lelaki itu umpama helang!
Eagle eyes! Killer smile!
Terlampau berkarisma sampai dia tak boleh menidakkan perasaan yang berdebar hebat setiap kali direnung lelaki itu!
Oh my Allah!
Mark mengetap rahangnya kuat. Macam mana gadis itu tahu tentang diri dia? Padahal dia dah pesan pada emaknya agar tidak mendedahkan identiti dirinya.
“Awak pun tak pernah ada girlfriend. Pelik! Awak handsome. Tak percayalah saya yang awak still single and available.”
Mark menarik nafas dalam-dalam. Nampaknya gadis itu memang tak akan berhenti bercakap.
For God’s sake! Can you please stop talking young lady?” Kening ternaik tinggi merenung tajam gadis yang bercakap macam murai tercabut ekor je.
Mark lihat gadis itu tersenyum lebar padanya. Lalu tangan naik ke bibir dan ditarik dari kiri ke kanan gaya seperti sedang menutup zip di mulutnya.
Urgh! Ini calon yang paling tak makan saman! Boleh pulak siap tayang sengih! Kalau calon terdahulu, sekali Mark bersuara dingin, terus merajuk. Lalu meninggalkan Mark di situ. Konon nak Mark pujuk? Jangan harap!
“Mana kau tahu tentang diri aku?”
Si gadis makin tersenyum lebar. Dagu diketuk-ketuk seperti orang berfikir.
Melihat gaya si gadis, Mark makin panas hati. “Jangan main-main boleh tak? Mana kau tahu tentang diri aku? Mak aku takkan cerita tentang hal yang kau cakap tadi.”
Si gadis tergelak kecil. Walaupun kulit lelaki itu sawo matang, tetap nampak kacak bila mukanya merah padam menahan marah.
“Girl, kau jangan main-main boleh tak!” Mark bersuara lagi dengan rahang yang diketap. Tangannya terkepal kuat di atas meja.
Melihat urat-urat yang mula timbul di tangan dan leher lelaki itu, si gadis kembali serius. Takut kalau lelaki di hadapannya itu tidak dapat menahan marah, ada yang kena humban ke luar kedai nanti. Dan manusia itu adalah dia!
“Ala... Janganlah marah. Kenapa nak serius sangat ni?” Pujuknya siap kelip-kelip mata konon nak bajet comel depan Mark.
Mark menjeling tajam.
Amboi... jelingan dia tu. Pergh! Cair hati hakak!
“Mesti awak lupa nama saya kan? Tu sebab awak panggil girl and young lady tadi. Hehe... Nama saya Iris.” Iris sebut lagi sekali nama dia walaupun awal-awal lagi dia dah beritahu.
Tapi tengok gaya lelaki depan dia ni, hurmm…Lupalah tu.
“Tapi best jugak awak panggil saya ‘Girl’. Lagi best kalau panggil ‘My Girl’.” Iris buat muka innocent. Dengan kedua belah siku naik ke atas meja, dia menopang dagu sambil merenung Mark yang makin mendidih hati melihat riak selambanya.
Gelak kecil meletus lagi di bibir mongel itu. Suka bila dia berjaya mainkan emosi lelaki itu. Walaupun emosi marah, tak apalah kira lagi baiklah tu daripada tadi, muka beku je lelaki itu tayang. Mujur Iris tak membeku dekat situ. Malah, dia mencair pulak dengan renungan lelaki itu.
Ternaik sedikit bibir Mark ketika itu. My Girl? Wek! Tak hingin dia panggil perempuan itu My Girl!
Whatever! Aku tak nak tahu nama kau. Aku nak tahu mana kau korek maklumat tentang diri aku.”
“Awak takkan tak tahu, perempuan dan stalker... very dangerous! Semua benda perempuan boleh korek. Celah gigi je.” Muka poyo ditayang.
Mark berdecit menyampah.
Annoying,” gumam Mark perlahan hampir tidak kedengaran.
Tapi Iris yang telinga gajah itu mampu menangkap. “I know, tell me something I don’t know please,” jawab Iris siap tayang sengih mengejek.
Mark ramas rambutnya kasar. Stresnya kepala otak layan minah ni!
“Awak tak nak kahwin ke? Dah 31 tahun kut. Nanti lambat dapat anak macam mana? Baik kahwin sekarang, saya pun dah 26 tahun. Sesuai dah nak kahwin dan ada keluarga sendiri.”
Terbeliak mata Mark dibuatnya. Ya Tuhanku, muka tak malu betul la minah depan dia ni. Offer diri segala.
“Kahwin dengan kau?”
Iris angguk kepala laju. Tangan menongkat dagu di atas meja.
“Aku lebih rela mati.”
“Ouch!” Iris pegang dada kononnya macam baru lepas ditikam. “Tajamnya kata-katamu wahai Mukriez Akmal.”
Kepala Mark tergeleng perlahan. Over! Drama Queen! Memang tak la nak buat bini kalau serupa ini.

DENGAR saja enjin kereta Mark menjalar masuk ke halaman rumah, pantas Puan Rahmah terpacak di hadapan pintu menyambut anak lelakinya itu.
Mark yang baru keluar dari perut kereta menghela nafas panjang bila tengok mak dah tayang senyuman lebar pada dia. Lambat-lambat dia menghampiri maknya itu lalu tangan tua itu dikucup seperti selalu.
“Amacam? Cantikkan kali ni?” Puan Rahmah siap angkat-angkat kening pada anaknya itu.
Walaupun Mark rasa macam nak hantuk kepala sendiri dekat dinding, wajah manis tetap dia tayang pada si emak.
“Pilihan mak memang ada kelas,” jawabnya acuh tak acuh.
Dengar nada si anak macam tak berminat, terus senyuman di bibir Puan Rahmah mati. Lantas dia menonong masuk ke dapur.
Mark tersengih saja tengok maknya yang mula merajuk. Aduhai.... mak dia tu kalau merajuk serupa girlfriend dia saja.
“Mak...” Mark dah mula operasi memujuk si emak. Bahu si emak dirangkul erat dari sisi lalu diusap perlahan.
Puan Rahmah mendengus sebal. Dah nak masuk ke 51 orang calon dia tayang pada anaknya itu. Tapi semua ditolak!
“Apa yang kurang kali ni?” Puan Rahmah capai teko untuk membancuh Nescafe panas untuk si anak. Walaupun masih merajuk dengan Mark, tetap jugak keperluan si anak dijaga.
Mark tersenyum sambil melepaskan rangkulan bahu emaknya, kemudian kerusi meja makan ditarik dan dia melabuh punggung di situ.
“Tak ada apa yang kurang mak.”
“Habis tu, tengok gaya macam kena reject je.”
“Mulut dia murai sangat la mak.” Mark cuba beri alasan.
Puan Rahmah mendengus sebal, tangan yang mengacau air serta merta terhenti.
“Hish... Pendiam sangat salah, riuh sangat salah. Habis kamu nak yang macam mana? Mak dah habis calon tahu tak! Yang ke 51 ni la yang akhir mak kenal. Baik budaknya, cantik pulak tu. Sejuk sikit mata memandang.”
Mark mengusap tengkuk perlahan. Bukan soal cantik ke tak cantik, dah kalau hati dia tak rasa apa. Nak buat macam mana, bukan boleh paksa.
“Riez tak sedia lagi mak,” jawabnya perlahan.
Macam mana dia nak sedia? Sampai bila-bila pun dia tak sedia. Walaupun dia bekerja sebagai peguam, tetap hakikatnya dia pernah menjadi seorang pembunuh!
Tidak sesekali dia akan menganiaya hidup anak dara orang sekiranya dia berkahwin. Masa depan dia semestinya gelap. Sampai bila dia akan bebas seperti sekarang?
Tidak akan selamanya. Pasti ramai saja yang berdendam dengannya. Dirinya bolehlah dia jaga. Tapi anak isterinya nanti bagaimana?
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Malah dia terfikir kalaulah rahsianya terbongkar, pasti isterinya tidak dapat menerima dirinya.
“Mak tak kira. Selama ni, mak ikut saja cakap kamu setiap kali kamu tolak calon mak. Kali ni, untuk calon ke 51 ni. Mak nak kamu beri peluang pada dia.”
“Makkk...” Mark merengek tidak senang dengan keputusan emaknya itu.
Puan Rahmah tayang jari telunjuk depan muka Mark, lalu jari itu digoyang kiri kanan.
No darling. Kali ni kamu ikut cakap mak. Nak jadi anak derhaka ke?” Puan Rahmah cuba mengugut anaknya itu.
Mark terdiam dengan muka muram.
“Nak jadi anak derhaka ke?” Tegas Puan Rahmah lagi.
Mark mencebik tidak rela. “Tak nak!” Jawabnya sebal.
Diam-diam Puan Rahmah sembunyi senyum. Padan muka! Umur dah lanjut tapi tak nak kahwin lagi. Anak lelakinya itu tak tahu jiran-jiran tuduh Mark gay!

Hish! Selisih malaikat 44! Anak terunanya itu lurus lagi okey! Dia akan buktikan nanti. Tunggulah wahai Joyah jiran sebelah rumahku, anak aku masih suka perempuan dan mampu nak ada zuriat. Nanti kau! Tekad Puan Rahmah.

0 comments:

 
TeEn LoVe StOrY Blogger Template by Ipietoon Blogger Template