Sunday 20 August 2017

Dia Jejaka Eksklusif [Hikayat Seorang FIN]- Bab 5

MARK rasa nak cungkil je biji mata Malik dan Zainal yang sedang merenung gadis di hadapannya ini dari meja yang tidak jauh dari tempat Mark dan Alina duduki. Tenung macam nak makan!
Tidak dinafikan dalam diam Mark turut memuji kecantikan gadis di hadapannya. Comel. Dia lelaki normal kut. Semestinya benda cantik depan mata perlu dipuji. Tapi bukan dialah kalau duk memuji terang-terangan.
Heh. Calon ke 52. Ini betul-betul last kata Puan Rahmah selepas calon 51 ditolak Mark tanpa berfikir panjang.
Calon ni lain sikit. Tidak bertudung dan berambut pendek. Berbeza dengan pilihan emaknya yang sebelum-sebelum ini. Pakaian gadis itu juga agak mencolok mata. Singkat sana sini, hampir terserlah semua bonggol mujur tak ada bonggol unta dekat belakang badan.
Aik! Puan Rahmah dah tukar cita rasa calon menantu ke apa? Sebelum ni memang pantang emaknya jika calon menantu tidak memenuhi ciri-ciri yang dicari.
Tengok gaya calon 52 ni memang tak kena taste Puan Rahmah langsung.
“Sebenarnya I dah lama ada hati pada you. Sejak kenduri tahlil di rumah you empat tahun lepas.”
Dahi Mark berkerut sedikit. Ya, dia ada buat kenduri tahlil untuk arwah abah dan Lily di rumahnya dulu. Setiap tahun pun dia buat. Tapi tak pernah pulak dia perasan calon 52 ini.
“Tak sangka pulak emak you jumpa mama I mintak kita berkenalan.” Senyuman terukir di bibir gadis itu mempamerkan lesung pipit di kedua belah pipi.
Manis, tapi... Mark picit pelipis yang berdenyut-denyut. Dia dah bosan bertemu dengan calon-calon emaknya itu. Tapi disebabkan hormat dan sayang, dia ikutkan saja arahan Puan Rahmah. Apatah lagi, dia tak suka bila maknya itu mula menarik muka merajuk dengannya. Dia tahu emak mahukan yang terbaik untuk dirinya. Mahu melihat dia dijaga seperti emaknya, punya keluarga sendiri.
“Riez...” Gadis itu menyeru nama Mark bila dia melihat lelaki itu mengelamun.
Tangan cuba mengambil kesempatan memegang tangan Mark yang berada di atas meja. Namun pantas Mark menjatuhkan tangannya ke bawah meja membuatkan gadis itu mengeluh kecewa.
Mark terdiam bila tak tahu nak panggil apa calon 52 itu. Terlupa pulak dia nama gadis itu. Sempat lagi dia mengerling Malik dan Zainal yang sudah terkekek-kekek menggelakkan dia. Hish! Menyesal bawak dua malaun itu. Pasti dia akan dibahan nanti. Adui...menyesalnya!
Alina merenung Mark penuh pengharapan bila Mark seperti tidak berminat untuk berbual dengannya.
“Aku tak minat dengan kau. Maaf. Hidup kau akan sengsara kalau kita bersama.” Mark bersuara tanpa nada.
Mark kerling hujung mata Malik yang sedang buat gaya hatinya ditikam bertalu-talu. Ceh! Nak kata Mark kejam la tu. Baik kejam sekarang daripada kejam kemudian hari.
Alina tergamam bila Mark dengan penuh dingin menolak dirinya. Terasa panas pipi dia kerana malu, sedih dan marah dengan kata-kata Mark yang seakan menembak tepat ke hatinya. Tanpa sedikit pun kiasan!
Hati apa la yang lelaki depan dia ni pakai? Hati batu? Tak sensitif langsung dengan perasaan wanita! Gerutu Alina dalam hati.
Tapi hati dah terlanjur suka. Suka sejak empat tahun lalu! Dia dah lama tahu Mark memang lelaki dingin. Cuma baru sekarang dia berkesempatan berbual dengan lelaki itu.
“Mukriez, kita boleh mencuba,” pujuk Alina lagi.
Mark menarik nafas dalam. Dia ingat calon 51 saja yang sengal dan tak makan saman! Rupanya calon 52 pun sama! Tapi yang ini bukan sengal, cuma tak faham bahasa saja. Jenis memaksa.
“Aku cakap aku tak nak!” Mark mula tertekan. Muka dia berkerut-kerut menahan geram.
Alina geleng kepala laju-laju, hujung matanya dah bergenang. Tak boleh bayang dia nanti kalau Mark akan berkahwin dengan perempuan lain. No! Dia tak boleh terima!
Please Riez. Tolong pertimbangkan I.” Tangan kiri Mark yang terletak di atas meja pantas digapai dan digenggam erat membuatkan Mark terjeda seketika.
“Wei!” Mark mendengus sebal lalu menyentap kuat tangannya daripada genggaman gadis itu tetapi Alina siap menggenggam dengan kedua belah tangan membuatkan Mark tidak dapat melepaskan dirinya.
Malik dan Zainal melopong bila tengok Mark terkena gangguan seksual di tempat awam! Fuyooo! Untung ler ada awek nak pegang tangan. Kalaulah Malik dan Zainal yang terkena, memang kena perempuan tu balik! Aum! Kedua lelaki itu mula berfikiran nakal.
Sedang aksi tarik menarik berlaku, tiba-tiba datang seseorang berdiri di tepi meja mereka.
Serentak Mark dan Alina berpaling melihat gerangan yang berdiri di situ.
Mark macam nak jatuh rahang bila tengok calon 51 dengan muka bengis sudah terpacak di sisi meja makan itu tapi segera dia beriak tenang.
Iris siap merenung tajam tangan Mark yang berada di dalam genggaman Alina. Kurang asam punya perempuan! Bukan Iris tak nampak betapa tak relanya Mark saat gadis seksi itu memegang tangan superheronya itu.
Hish! Saya datang ni. Saya akan selamatkan awak daripada dicabul!
Alina pantas melepaskan tangan Mark. Gerun dia melihat renungan membunuh gadis yang tiba-tiba muncul itu.
“Abang buat apa dengan dia ni? Sampai hati abang curang dengan sayang. Sayang ingat abang setia!” Iris buat drama swasta di tengah-tengah kedai makan itu.
Mark merenung Iris tajam. Tebal muka dia saat itu dek kerana direnung orang ramai.
“Girl! Apa yang kau buat ni?” Bisiknya garang.
Iris mencebik kesedihan. Muka garang Mark dan muka ketakutan gadis seksi itu direnung Iris dengan renungan sedih. Konon dia isteri teraniaya.
“Awak, awak tahu tak dia suami saya. Saya dah mengandungkan anak dia. Mungkin awak tak nampak lagi, sebab baru tiga bulan. Tapi sebagai wanita, awak tak rasa kesian ke nak ambil suami kaum sendiri? Perempuan macam apa awak ni!” Iris mengongoi kesedihan mengikut drama skrip yang direka sendiri.
Bila tengok muka gadis seksi itu berubah serba salah. Iris memperhebatkan lakonannya, siap ditarik hujung tudung bawal kononnya sedang mengesat air mata yang bergenang.
“Er... kak, saya...saya mintak maaf. Saya ingat Riez masih sing...single. Sebab mak dia yang rancang pertemuan kami ni,” jelas Alina sedikit tergagap kerana rasa bersalah dengan isteri Mark.
Iris melabuh duduk sebelah Mark. Dengan selamba Iris merangkul lengan Mark yang berlapik baju lengan panjang yang dilipat separas siku itu.
“Abang, sayang tahu sayang dah tak cantik macam waktu kita bercinta. Sayang tak seksi macam cik ni. Tapi janganlah sesekali menduakan sayang.”
What? Mark rasa kalau dia naga dah lama keluar api dari hidung dia
Malik dan Zainal yang menonton itu memang betul-betul ternganga luas. Tidak sangka yang Mark telah berkahwin senyap-senyap tanpa mengkhabarkan kepada mereka!
Cis!
Girl, you better shut you mouth.” Gigi Mark terkacip rapat dengan muka yang merah padam.
“Er... Riez, you better settlekan hal you ni dulu. Bagi tahu Mak Cik Rahmah. I okey je. I balik dulu.” Alina terus berlalu dari situ tanpa berpaling lagi.
Pelanggan yang menonton tadi mula menyambung makan kecuali dua umat manusia bernama Malik dan Zainal yang semakin pelik melihat isteri rahsia Mark.
Iris berpaling melihat gadis seksi itu berjalan keluar dari restoran. Kemudian, dia tergelak-gelak seraya melepaskan rangkulan tangannya pada lengan Mark.
Gila ke apa isteri Mark ni? Mungkin sebab tu Mark rahsiakan perkahwinannya. Ish...ish...ish.. kesian. Memang patutlah Mark tak bagi tahu mereka. Fikir Malik dan Zainal.
Gelak Iris beransur mati bila terpandang Mark yang memberi renungan membunuh kepadanya.
“Ha...Err...” Kalaulah mata Mark mampu mengeluarkan laser, dah lama berlubang-lubang tubuh badan Iris agaknya. Mujur tak ada!
“Dah puas?”
Iris bawa tangan ke dada yang berdebar hebat bila suara itu melantun dingin dan renungan tajam seperti helang yang sedang mencari mangsa.
“Saya nak tolong awak,” gumamnya perlahan. Kepala tertunduk manakala tangan menggentel hujung tudung.
“Aku tak perlukan pertolongan kau!” Bidasnya garang lalu meninggalkan beberapa not RM10 dan berlalu dari situ.
“Eh! Mark!” Jerit Zainal dan Malik terkejut tengok Mark berjalan laju lalu masuk ke dalam kereta. Lantas mereka bergegas mengekori langkah Mark.
Iris tergamam. Dia tak sangka begitu sekali tahap dingin seorang Mukriez Akmal! Sehingga tak kisah langsung tentang perasaan orang lain.

0 comments:

 
TeEn LoVe StOrY Blogger Template by Ipietoon Blogger Template