Saturday 19 August 2017

Dia Jejaka Eksklusif [Hikayat Seorang FIN]- Bab 3

KEADAAN warung yang terletak di tepi kaki lima deretan kedai itu hancur musnah. Tunggang terbalik kerusi dan meja yang terletak di hadapan warung kecil itu.
Lelaki tua itu hanya mahu menumpang mencari rezeki di situ. Itupun dia telah meminta kebenaran daripada tuan kedai agar dia dapat menumpang berniaga di sebelah kedai lot tepi itu.
Rupa-rupanya dia telah salah berniaga di kawasan kumpulan gengster. Lelaki itu rasa hidupnya akan mati hari ini. Tubuh tuanya sudah tidak mampu menahan sakit dipukul bertalu-talu seperti ini.
“Ambik ni!” Tanpa belas ihsan tubuh tua itu disepak-sepak dengan kaki yang mengenakan sepasang kasut but. Keras dan berat.
“Allah...” Rintih lelaki tua itu. Tangan naik menutup muka dan kepala. Berlindung daripada terus mengalami kecederaan parah.
Dush!
Tubuh badannya ditumbuk bertalu-talu. Lelaki-lelaki muda itu tidak langsung peduli tentang keadaan lelaki tua yang mereka pukul walaupun lelaki itu sebaya bapa mereka sendiri.
“Dia dah tua kut,” tegur satu suara garau.
Lelaki-lelaki muda yang asyik memukul itu tidak sedar akan kehadiran lelaki yang menegur.
“Mark!” Salah seorang daripada mereka tergamam. Mereka kenal bekas Fin atau pembunuh upahan kumpulan Batman itu. Lelaki itu sedang berpeluk tubuh dengan renungan tajam.
Pantas lelaki yang tergamam itu menahan rakan-rakannya yang lain.
“Mark!” Seru mereka serentak lalu meninggalkan lelaki tua yang sedang kesakitan itu. Mereka bergegas menghampiri Mark dan menunduk hormat.
Mark mengetap rahangnya kuat. Mata helangnya merenung tajam lelaki tua yang sedang berlumuran darah itu. Teringat kembali saat dia berada dalam keadaan itu dulu. Malah, kawan baiknya pergi dek kerana dibelasah seperti itu.
“Malik, Zainal, kau bawak orang tua tu pergi.” Mark bersuara dingin. Matanya masih tidak lepas merenung lelaki tua itu.
Malik dan Zainal yang berdiri di belakang Mark pantas mengangguk lalu bergegas mendapatkan lelaki tua itu.
Setelah lelaki tua itu dibawa pergi oleh Malik dan Zainal, Mark mengalihkan pandangannya kepada lima orang lelaki yang juga ahli kumpulan Batman dahulunya. Lelaki-lelaki itu direnung tajam sehinggakan masing-masing menunduk tidak berani bertentang mata dengan Mark.
“Mark…” Masing-masing menunduk. Takut berbalas pandangan dengan mata helang itu.
“Siapa Fin korang sekarang?” Soalnya dingin.
“Simon,” jawab mereka serentak dengan suara takut-takut.
Mark tersenyum sinis.
“Korang ni sia-sia je hidup. Dengan orang tua pun kau nak tunjuk kuat. Tak ada belas ihsan ke dekat hati korang. Lelaki tu baya bapak korang je tahu tak!”
Yang lain tayang muka tak puas hati bila Mark cakap macam tu. Salah seorang daripada mereka pantas mengangkat muka berbalas pandangan dengan Mark.
“Kenapa? Nak lawan aku?” Mark berkata selamba tanpa sepalit senyuman.
Lelaki itu terdiam.
“Kau pun pernah jadi macam kitorang la, Mark. Baru jadi baik sikit dah berlagak macam ustaz! Pergi mati la wei!” Getus lelaki itu sebal.
Ini bukan gaya gengster! Patutlah Simon yang merupakan salah seorang ahli Batman dulu berpaling tadah! Bosan bila gengster tiba-tiba jadi baik!
“Sebab aku pernah jadi la aku cakap awal-awal. Jangan dah tua baru nak menyesal! Dah terlambat. Takkan sampai tua kau nak buat kerja macam ni,” putus Mark lalu terus beredar dari lorong itu.
Malas nak berdebat dengan budak-budak baru nak up. Nampak gaya macam budak baru lepas SPM. Baru nak jadi gengster, fikir hidup dia raja agaknya.
Mark yang berjalan menuju ke kereta itu terkejut bila tengok Malik dan Zainal sedang menunggu di luar kereta bersama dengan lelaki tua yang dipukul tadi.
“Korang kenapa ada dekat sini?” Soalnya pelik. Apatah lagi tengok lelaki tua itu langsung tidak dirawat. Sampai tercungap-cungap menarik nafas.
Malik pandang Zainal, lepas tu pandang Mark yang dah terpacak depan diorang.
“Tunggu kaulah,” jawabnya selamba.
Mark dah kerut muka.
“Kenapa tak hantar pak cik ni pergi klinik?” Soalnya dengan suara menahan geram.
Malik garu kepala yang tak gatal.
“Kau suruh bawak orang tua ni pergi je. Tak suruh pun bawak pergi klinik.”
Grrrr! Mark cengkam rambutnya. Mukanya merah padam merenung Malik dan Zainal yang beriak polos itu
“Bebal! Orang tua ni dah nyawa-nyawa ikan tahu tak! Takkan nak tunggu aku cakap baru kau nak buat. Fikir la sikit!”
Malik dan Zainal terkulat-kulat di situ.
Tengok muka dua manusia bajet suci tu, makin mendidih darah Mark. Lantas dia terus memapah pak cik tua itu ke arah klinik yang betul-betul di hadapan keretanya.
“Kereta betul-betul parking depan klinik. Takkan itu pun tak boleh fikir!” Bebel Mark lagi tidak puas hati.
Malik dan Zainal yang berasa bersalah itu terus membantu Mark memapah lelaki tua itu. Gerun bila tengok Mark mula membebel. Kalau lelaki itu diam lagi bagus!
“Nak, tak payahlah hantar pak cik. Pak cik okey.” Dengan muka menahan sakit, lelaki tua itu menahan tangan Mark.
Mark pandang muka yang berdarah itu.
“Bahaya pak cik kalau tak dirawat. Janganlah risau, kami tanggung.”
Mendengar nada penuh lunak keluar daripada mulut Mark membuatkan Malik dan Zainal sedaya upaya menahan senyum. Alahai, Mark ni muka je bengis. Kalau dengan mak dia dan orang tua, terus muka macam menantu pilihan.


IRIS dan kawannya, Aisyah baru sahaja selesai makan tengah hari. Ketika itu mereka jalan beriringan menuju ke tempat parkir kereta yang terletak agak jauh dari kedai makan yang mereka singgah tadi.
“Amacam blind date yang umi kau atur tu? Handsome tak?”
Gila tak handsome! Jerit Iris dalam hati. Muka dah tersengih-sengih membayangkan lelaki yang dia jumpa dua hari lepas. Banyak-banyak calon yang umi dia temukan, calon yang ini paling mengikut ciri-ciri lelaki idaman dia.
-Calon Lelaki Idaman Iris-
1- Gaya badboy tapi dalam hati ada iman. Iris suka lelaki macam yang dia jumpa kelmarin. Nampak dingin dan garang, tapi panggil dia girl! So sweet!
2- Pendiam tapi juga pendengar yang baik. Sebab Iris mulut becok dan suka bercerita, jadi dia nak lelaki yang tak banyak cakap.

Dan banyak lagi calon lelaki idaman Iris. Ada 10 dalam senarai!
Ahaaa! Lelaki kelmarin ada lagi satu dalam senarai Iris.
3- Iris suka lelaki kerja peguam! Sebab nampak smart sangat dengan sut hitam. Bila masuk mahkamah. Pergh! Smart gila waktu diorang keluarkan hujah-hujah.
“Sengih-sengih macam ni gerenti berkenan,” getus Aisyah bila tengok Iris berangan siap tersengih miang.
Iris pandang Aisyah dengan senyuman bahagia.
“Memang berkenan sungguh wei!” Iris bersuara teruja. Tangan sibuk mengayun beg tangan yang dijinjit.
Aisyah menggeleng kepala perlahan. Kawan dia ni memang over betul.
“Apa nama dia?”
“Mukriez Akmal bin Muhaimin.” Entah kenapa, sebut nama penuh itu membuatkan jantung Iris berdegup kencang!
“Sedap nama,” puji Aisyah.
Iris angguk kepala laju. “Ya Allah wei bukan nama je sedap, muka dia pun sedap mata memandang!”
“Ceh!”
“Sumpah! Handsome sangat dia tu! Dia macam hero drama Korea tajuk Goblin!”
“Hero Goblin? Hurm...tak adalah handsome sangat.” Aisyah mencebik membuatkan Iris yang melihat menjegilkan matanya pada Aisyah.
Haip!
“Sabar la kejap! Aku tak habis cakap lagi. Maksud aku....argh! Susahnya nak cakap!” Iris menyeringai stres. Tak tahu macam mana dia nak terangkan tentang calon suami yang dia jumpa dua hari lepas kepada Aisyah.
Aisyah tergelak kecil bila tengok Iris bersungguh bercerita.
“Okey... muka dia macam petak sikit. Tapi bukan petak empat segi pulak!”
Aisyah tergelak-gelak bila cuba membayangkan lelaki yang Iris gambarkan.
“Ada jambang halus pada jaw line dia. Pergh! Smart! Dia memang mendapat markah penuh la untuk ciri-ciri lelaki idaman aku. 100 peratus untuk Mukriez!”
Lalalaa... Aisyah pulak yang tersenyum membayangkan lelaki berjambang itu. Okey...handsome.
“Mata dia.... hitam pekat tapi renungan dia macam mata helang. Hidung mancung. Bila senyum sinis, nampak macam pembunuh bersiri.”
“Pembunuh!” Potong Aisyah.
Iris mendengus sebal. Orang belum habis cakaplah!
“Macam la... Macam!” Tekan Iris.
Baru Iris nak bukak mulut menyambung cerita, tiba-tiba dia seperti dirempuh dari belakang.
“Aaauuu!” Jeritnya saat dia jatuh terduduk di atas jalan berbatu itu.
“Woi!” Jerit Aisyah pada orang yang melanggar Iris. Seketika dia pantas membantu Iris untuk bangun berdiri semula.
Handbag aku!!!” Jerit Iris lantang membuatkan Aisyah terkejut.
Orang ramai mula memberi perhatian pada mereka dek kerana terdengar jeritan Iris.
“Aku kena ragut, Chah! Ya Allah!” Jerit Iris lagi lalu terus berdiri dan mencari orang yang meragutnya itu.
Itu!
Dia nampak peragut itu lari ke arah deretan kedai.
Iris dah rasa nak menangis bila tengok peragut itu sudah agak jauh dari tempat dia berdiri. Kalau dia yang kejar dengan kasut tumit tinggi ni, memang sampai besok tak dapat kejar.
Dah la orang lain yang berada di situ hanya menonton saja drama ragut Iris itu. Tak ada langsung rasa nak membantu! Tolong kejar ke apa ke...hish! Mujur diorang tak angkat telefon masing-masing dan rakam untuk ditularkan. Kalau tak, memang Iris hancurkan telefon orang tu!
Tolong dia tak nak! sibuk nak merakam!
Tiba-tiba....
Berdesup ada seorang lelaki berlari melintasi Iris dan Aisyah untuk mengejar peragut itu. Mata Iris dan Aisyah terbuntang luas melihat betapa lajunya lelaki itu mengejar dari belakang.
Macam The Flash!
Fuyooo! Boleh join The Avengers ni!
Dan tiba-tiba berlari lagi dua orang lelaki turut mengejar peragut itu. Tapi... yang dua orang ni macam lembab sikit lariannya. Termengah-mengah walaupun kurus! Gerenti stamina tak kuat.
Cepat-cepat Iris dan Aisyah pergi ke arah deretan kedai itu.
Dari jauh mereka dapat melihat yang peragut itu sedang dibelasah oleh dua orang pelari lembab tadi. Yang pelari laju itu pulak sedang memegang beg tangan Iris sambil merenung tajam ke arah peragut itu.
“Malik, Zainal. Dah la. Mati pulak budak tu karang.”
Iris pandang pulak lelaki-lelaki yang berlari lembab itu tadi. Ooo... nama mereka Malik dan Zainal. Mesti kawan pelari laju ni, bisik Iris.
“Er...Encik...” sapa Iris bila mereka telah berdiri di belakang pelari laju itu.
Mendengar seakan dirinya diseru, pelari laju itu berpaling ke belakang.
“Awak!” Iris sampai angkat tangan tutup mulut sebab terlampau terkejut nampak lelaki idamannya. Jadinya Mukriez yang jadi The Flash tadi!
Sukanya Iris! Oh my superhero!
“Laa..kau ke?” Mark bersuara bosan.
Erk! Apa hal nada Mukriez Akmal ni macam tak ikhlas je membantu Iris! Grrrr... Iris mengeram kegeraman.
            Riak muka kebosanan yang ditunjuk oleh Mark membuatkan Iris memejamkan matanya menarik nafas menahan geram. Tidak berapa lama, mata dicelikkan semula.
“Kenapa dengan saya? Kalau awak tahu ini beg saya, awak tak nak tolong?” Iris renung Mark tajam.
Mark jegilkan matanya pada Iris. Apalah nasib terjumpa lagi dengan budak banyak mulut ni. Mark sedikit sebal dengan minah kecil itu.
“Nah, ambil beg kau.” Beg tangan jenama LV itu disondol pada perut Iris membuatkan gadis itu makin panas hati pandang Mark. Namun, tangan cepat-cepat menyambut huluran itu.
“Tak reti bagi elok-elok ke!” Bentak Iris menahan marah.
Pantang betul dia orang tak bagi barang elok-elok. Abang dia sendiri pun, dia luku je kepala kalau buat gaya tak matang macam ni. Hish!
Bibir Mark ternaik sedikit. Sinis.
“Terima kasih mana?” Pendek Mark membidas.
Aisyah, Malik dan Zainal terlopong tengok dua orang manusia yang bertikam lidah itu.
Uish! Benda baru ni! Tak pernah Malik dan Zainal tengok Mark sibuk nak membalas kata dengan orang. Selalunya lelaki itu jenis buat tak peduli dan terus berlalu pergi.
“Kalau bagi gaya samseng macam tu, orang nak cakap terima kasih pun terbantutlah!” Iris jegilkan mata pada Mark. Dia siap bercekak pinggang menghadap lelaki itu.
Dan disebabkan dia ketot beberapa cm daripada lelaki di hadapannya, tak pasal-pasal kepala dia kena dongak sikit sebab nak tunjuk garang depan lelaki muka beku itu!
Grrrr!
Muka je handsome! Perangai tak gentlemen! Tolak lima peratus daripada markah penuh!
95 peratus!
Mark menjeling Iris. Tiba-tiba dia rasa tak matang sangat sibuk berlawan cakap dengan budak kecil ni. Cepat-cepat dia tersedar lalu terus berpaling ingin beredar dari situ.
“Hei! Nak pergi mana? Tak habis bergaduh lagi ni!” Iris terjerit kecil pada Mark. Gelabah bila Mark nak berlalu dari situ.
Mark berpaling ke belakang semula.
Girl, better kau tidak bercakap. Lebih cantik kut.” Senyum sinis terukir di bibir membuatkan gadis-gadis yang terlihat senyuman itu macam nak jatuh rahang!
Huish! Betullah kata Iris, bila dia senyum sinis. Macam pembunuh bersiri! Gila seram! Meremang bulu roma Aisyah.
Iris pulak rasa pipi dia panas! Apa? Ulang lagi sekali please! Iris cantik? Oh my God!!!
Tambah balik markah lima peratus. Jadi 100 peratus semula!
“Malik, Zainal! Jom,” panggil Mark bila Malik dan Zainal masih berdiri pegun di situ macam tengah tengok pertunjukan model baju dalam! Ternganga saja mulut mereka.
Iris pandang belakang tubuh Mark yang sedang berjalan meninggalkannya itu. Bibir tersenyum lebar dengan perasaan berbunga-bunga macam tengah musim pokok sakura berputik!
Hailahhh Mukriez Akmal.
Awak datang macam lanun. Awak pergi macam hujan. Awak tawan hati saya gaya lanun. Awak tinggalkan hati saya dengan pelangi lepas hujan.
Omo! Aigooo.
“Dah...dah! Dia dah jauh dah tinggalkan kau. Nak berdiri dekat sini berapa lama?” Aisyah bersuara bosan siap berpeluk tubuh tengok Iris yang sengih je dari tadi.
Iris berdecit perlahan dengan mata yang tidak berkalih tengok susuk tubuh Mark.
“Hish! Sabar la kejap. Dia hilang dari pandangan mata aku nanti, kita pergilah.”
Senyuman Iris makin melebar bila tengok Mark memapah seorang pak cik tua yang seperti menunggu mereka di hadapan sebuah klinik. Lelaki tua itu dimasukkan ke dalam kereta di tempat duduk belakang lalu Mark bergerak ke arah tempat memandu.
Tengok tu! Macam mana Iris tak jatuh suka. Tambah lagi lima peratus! Mark seorang yang penyayang dengan orang tua. Alahaiiii...
Jadi 105 peratus.
Uit! Terlebih lima peratus ni. Ada ke? Argh lantak! Itu tandanya lelaki itu sangat sesuai menjadi suami Iris. Sampai terlebih daripada markah penuh. Haaa..gitu. Mengkome ada? Tak adakan? Iris je ada. Hahaha... Iris gelak sorang-sorang.
“Gila!” Getus Aisyah bila Iris tergelak sendirian. Tergeleng kepala dia tengok kawan baiknya itu.
Dasar angau overdose!




0 comments:

 
TeEn LoVe StOrY Blogger Template by Ipietoon Blogger Template