Thursday 17 August 2017

Dia Jejaka Eksklusif [Hikayat seorang FIN]-Prolog I



*Edited version. Jemput baca, nampak sama tapi tak serupa. kekekeke.... Ada penambahan scene dalam bab sedia ada. 
“WEI... bahaya la, kalau kena tangkap macam mana? Lokap wei jawabnya!” Mukriez mula tidak tentu hala mundar mandir di belakang Iskandar. Membayangkan diri sendiri meringkuk dalam penjara saja dah buat dia rasa seram sejuk!
Iskandar berdecit kegeraman. Risau sangat! Sabar la... Ini Iskandar la. Pasti tak kantoi! Dia toleh kiri kanan tengok keadaan sekeliling. Takut-takut kalau ada yang memerhati apa yang sedang mereka buat.
“Kandar! Dengar tak!?” Mukriez menahan geram bila kawan dia, Iskandar itu hanya diam membatu tidak endahkan dia. Baju si kawan ditarik dari belakang agar memberi perhatian pada dia.
Iskandar merengus tidak senang. Lalu muka si kawan ditenung bengang. “Aku dengar la! Kau diam-diam je la. Biar aku yang buat. Kau nak duit tak?” Soalnya dengan rahang diketap kuat agar suaranya tidak melantun tinggi.
Lambat-lambat Mukriez mengangguk. Dia nak duit. Abah berhutang dengan along! Hampir setiap minggu orang-orang along datang buat kecoh di rumah mereka. Dia dah tak sanggup nak biarkan mak dan adiknya ketakutan dek olah mereka.
Iskandar tepuk perlahan bahu Mukriez.
“Dah, jangan risau. Kau relaks je... aku dah biasa dah buat benda ni. Kau jangan takut. Buat benda ni memang berbaloi wei. Sekejap je, kau dapat duit berkepuk-kepuk!” Iskandar cuba meyakinkan Mukriez.
Mukriez telan liur. Lalu, lambat-lambat dia mengangguk walaupun kurang yakin dan takut.
“Hah! Tu dia! Orang kuat geng 17. Dia yang bagi kita barang tu. So, kau relaks je.”
Mukriez pandang ke arah yang ditunjukkan Iskandar. Berdiri lelaki berbadan besar dengan pakaian serba hitam yang mempamerkan lengan yang penuh tatu.
“Berapa kau ada?” Soal lelaki berbangsa India itu pada Iskandar.
Mukriez di sebelah hanya mampu berdiam diri saja, takut untuk bersuara.
“Kitorang ada duit seratus. Boleh tak, dapat barang tu bang?”
Lelaki India itu mengangguk-angguk kecil lalu beg kecil yang tergantung di tubuhnya itu diseluk dan satu plastik kecil terisi pil dan serbuk dikeluarkan.
“Nah barang kau. Bagi duit!”
Iskandar berkerut kening. “Takkan sikit ni je bang? Mana cukup ni,” rungutnya perlahan.
Lelaki itu pandang kawannya dengan senyuman sinis. “Wei, kau tengok ini budak. Duit sikit, barang nak banyak!” Selarnya dengan gelak sinis.
Seorang lagi lelaki berbadan sasa itu turut gelak mengejek sambil merenung sinis Mukriez dan Iskandar.
Mukriez telan liur. Terasa kesat. Ya Allah... takutnya dia tengok lelaki dua orang tu. Sekali dia kena lesing, mahu koma dua tahun!
“Okeylah bang. Sikit ni pun maksyuk jugak ni dapat untung. Kami cau dulu!” Terus Iskandar tolak bahu Mukriez agar segera berlalu dari situ.
Mata dua orang Geng 17 tu macam nak terkam diorang. Lagi bertambah Mukriez dan Iskandar seram bila punggung mereka ditenung tak lepas. Yew! Tolong sikit, diorang tak mengamalkan LGBT okey! Masih straight lagi! Diorang masih suka nasi lemak berbanding pisang!
Elok saja mereka sampai di lorong gelap dan sunyi, Iskandar pandang Mukriez yang terkulat-kulat tahan loya.
“Grrr! Seram mak!” Badan Iskandar menggeletis kegelian membayangkan mereka jadi renungan lelaki gay tadi! Badan je sasa kalah Malik Noor! Tapi sayang....GAY!
Mukriez pulak dah usap-usap tengkuk sendiri. Nak muntah bila terbayang-bayang aksi dua lelaki gagah itu saling berpelukan siap cium-cium.
“Wei...dah pukul 11 ni. Kita kena cepat, nanti tak laku,” gesa Iskandar bila tersedar mereka dah lewat untuk mencari mangsa.
Kening Mukriez terangkat sebelah sambil merenung Iskandar yang sedang menyelongkar beg lalu mengeluarkan serbuk yang mereka beli tadi.
“Kenapa tak laku?” Soal Mukriez polos membuatkan Iskandar rasa nak hempuk kepala kawannya itu dekat dinding.
“Eeiii.... Kalau kita lambat nanti pelanggan semua dah pergi cari dealer lain. Jadi, kita kena cepat!”
Iskandar bagi beberapa pek kecil plastik pada Mukriez. Mukriez yang masih tak faham, hanya menyambut dengan renungan blur.
“Kau nak cepat habis kan? Nak balik rumah awal kan?”
Kepala terangguk-angguk menjawab soalan Iskandar.
“Bagus! Kalau kau nak balik awal, kita kena berpecah. Kau pilih nak jual kat lorong-lorong depan rumah pelacuran atau kau nak jual dalam kelab.”
Terbeliak mata Mukriez mendengar pilihan yang Iskandar beri. Gila! Pelacuran? Kelab! Naya!
“Aku tak nak dua-dua!” Mukriez bersuara lantang. Tak rela untuk pergi kedua-dua tempat yang memang tidak pernah dia terfikir nak jejak!
Iskandar cengkam rambutnya kuat. Geram dan rasa nak maki saja kawan dia ni. Tapi sebab fikirkan kawan, dia masih lagi cuba bersabar.
“Kau nak duit kan?”
Mukriez angguk kepala.
“Kalau kau nak duit, kau kena buat benda ni, Riez. Bukan senang untuk jadi senang. Kau kena berusaha.” Iskandar berkata lagi dengan suara yang sudah mengendur.
Mukriez terdiam sambil merenung serbuk yang telah dibungkus kecik-kecik di tapak tangannya.
Bukan senang untuk jadi senang.
Ya... demi abah... mak... Lily, adiknya... dia akan berusaha untuk jadi senang. Biarlah dengan cara apa sekalipun.
Bukan dia tak berusaha dengan cara halal, tapi disebabkan dia masih belajar... orang tak mahu mengambil dia bekerja dengan gaji yang sepatutnya. Malah, dia dibuli dan ada yang cuba membuat gangguan seksual pulak terhadap dia.
“Aku... Aku pergi kelab,” putusnya perlahan.
Iskandar tarik senyum lebar. Bahu si kawan ditepuk-tepuk bangga.
“Kau jangan risau, kita tak buat benda ni lama. Sekejap je. Langsai hutang abah kau pada along, Kita akan berhenti,” pujuk Iskandar cuba menenangkan Mukriez.
“Kau pandai-pandailah masuk curi-curi kelab tu, muka kau nampak sangat budak. Gerenti diorang terajang kau tak bagi masuk.”
Mukriez mengangguk lemah. Lalu dengan langkah gontai dia berpecah dengan Iskandar. Dia menuju ke kelab-kelab malam di sekitar situ.
Mukriez menghela nafas dalam-dalam. Di sebalik tembok dia mengintai pintu kelab malam tidak jauh dari tempatnya menyorok.
Nampak macam tak ada apa-apa di situ. Pintu kelab malam itu sedikit ke dalam, dan ada dua orang lelaki gagah berkepala botak yang jaga di hadapan lorong untuk masuk ke dalam.
Pergh! Mukriez meramas tangan sendiri yang sejuk macam air batu. Pertama kali ni buat jahat.
Mak, ampunkan Riez!
Bila nampak ada sekumpulan lelaki dan perempuan menuju untuk masuk ke dalam kelab itu, Mukriez cepat-cepat berlari lalu masuk ke dalam kumpulan itu. Bajet macam dia ahli kumpulan itu. Dan... dengan mudah, dia dah berjaya masuk ke dalam premis itu.
Mulut Mukriez ternganga luas.
Pergh! Luar nampak macam sebuah kedai yang telah tutup, tapi di dalam... meriah! Lampu warna warni, siap ada DJ di tengah-tengah kelab. Dan sekeliling DJ tersebut ada tiang tinggi.
Mukriez yang masih terpegun pertama kali masuk ke kelab malam itu, hanya berdiri statik di tengah-tengah alam. Tidak bergerak langsung.
Tiba-tiba ada beberapa orang wanita yang hanya berseluar pendek dan berbaju dalam naik ke atas pentas lalu mula menari sambil memegang tiang.
Errr... liur Mukriez tertelan-telan. Ini ke namanya menari tiang?
Entah kenapa, gejolak perasaan dia macam serba tak kena. Dia dah tak senang duduk di situ. Dia rasa ada perubahan dalam diri dia. Dia rasa panas sendiri. Sorakan lelaki-lelaki di situ lagi membuatkan Mukriez teruja untuk turut menyertai mereka.
Walaupun berbeza benar pakaian dia dengan pengunjung di situ, Mukriez dah tak peduli!
Syaitan dah tumbuh tanduk dekat atas kepala Mukriez.
Dek kerana terasyik dengan lenggokan tubuh badan dan liuk lentok gadis seksi itu, Mukriez turut tersenyum lalu tubuh dia secara spontan bergoyang-goyang mengikut rentak muzik.
Ada satu anak Adam dah tergoda dek hasutan syaitan.
MUKRIEZ dah mampu tersenyum lebar bila dia berjaya bawa pulang hampir dua kali ganda untung. Hanya bermodalkan RM50 setiap seorang, mereka dapat hampir RM300!
“Okey, ni untung untuk modal kau.” Iskandar hulur beberapa not RM50 kepada Mukriez.
Mukriez menggeleng laju.
Rolling la wei. Boleh gandakan duit kita. Next, baru kita ambik untung,” usul Mukriez.
Iskandar senyum senget. “Haah ek! Aku tak terfikir. Bagus. Bagus! Memang tak sia-sia kau jadi budak paling pandai dalam sekolah, Riez!” Getus Iskandar siap gelak besar.
Dia ingat hanya nak guna modal RM100 tu saja, tapi cadangan Mukriez memang boleh membesarkan keuntungan mereka.
“Amacam, syok kan? Hutang bapak kau 15 ribu tu, boleh langsai dalam masa sebulan punya!”
Mukriez dah sengih suka. Terbayang yang mereka akan hidup normal semula tanpa rasa takut lagi untuk keluar dari rumah. Duit gaji abahnya jugak pasti boleh dapat digunakan sepenuhnya.
Yalah, Abah hutang along RM15 ribu. Dan along tersebut mengenakan bunga RM1500 sebulan sehingga hutang langsai dibayar. Selagi hutang tak selesai, RM1500 akan dituntut mereka.
Disebabkan abah Mukriez hanya pengawal keselamatan di sebuah sekolah, gaji dia hanya RM1300 sahaja sebulan. Dan kesemua gaji tersebut habis dibayar bunga kepada along. Itupun tak cukup!
Sudahnya mak Mukriez buat kerja sampingan buat kuih dan berniaga di hadapan rumah setiap pagi. Tapi, itu pun tak dapat banyak bila harga barang mentah sekarang juga dah naik harga. Untung yang mak dapat tak banyak, setakat lepas untuk mereka makan setiap hari saja.

0 comments:

 
TeEn LoVe StOrY Blogger Template by Ipietoon Blogger Template