Sunday 20 August 2017

Dia Jejaka Eksklusif [Hikayat Seorang FIN]- Bab 12

ELOK sahaja melihat emaknya sudah terlelap, bergegas Mark meninggalkan perkarangan hospital menuju markas Red Dragon. Silap dia sebab percayakan Malik dan Zainal untuk uruskan benda penting macam tu. Tak pasal-pasal Malik dan Zainal ditangkap orang-orang Red Dragon!
Namun, seketika dia membuat pusingan U. Dia kena balik rumah dulu untuk ambil beberapa pakaian dia dan emaknya. Nanti lepas habis kerja dia akan terus menuju ke hospital semula untuk menemani emaknya itu.
Risau nak tinggalkan Puan Rahmah lama-lama. Apatah lagi nak ke tandas atau makan kerana emaknya itu perlu ditemani dan disuap.
Elok sahaja masuk ke kawasan perumahannya, Mark tersentak seketika. Mata kian mengecil saat melintasi depan rumah keluarga Iris.
Iris sedang berbual dengan seorang lelaki. Dan dia pasti lelaki itu bukan abang Iris. Tapi siapa?
Eh, apa hal pulak ni? Tangan naik meraba dada. Uish! Berdetak lain macam.
Saat sampai di hadapan rumahnya yang hanya selang dua buah rumah dari rumah Iris, Mark mematikan enjin. Saja dia parkir luar pintu pagar rumah, tidak seperti selalu iaitu di dalam kawasan rumah.
Mark meraup wajahnya dengan kedua belah tangan. Lalu dia bersandar seketika pada tempat duduk pemandu itu. Apa motif kau, Mark? Nak dia perasan kehadiran kau? Nak dia tegur sapa dengan kau?
Kau gila!
Mark geleng kepala laju-laju.
“Shush! Girl, get out of my mind!” Bisiknya keras.
Mark tampar pipi sendiri bila mata tiba-tiba gatal nak tengok cermin pandang belakang dan cermin sisi yang membolehkan dia memerhatikan pergerakan Iris dan si lelaki.
Oh hooo! Siap bertepuk tampar, Girl! Seriously?
Grrr!
Mark pun tak tahu sebab apa dia bengang sangat. Entah kenapa dia dapat rasa darahnya tiba-tiba menggelegak. Cepat-cepat pintu kereta dibuka kasar lalu dihempas kuat sehingga menarik perhatian Iris dan si lelaki.
Mark menjeling Iris tajam bila gadis itu tersenyum siap angkat tangan menyapa dia.
Peeeegiiidah!
Bergegas Mark berlalu masuk ke dalam rumah. Dum! Pintu rumah pulak yang dihempas Mark.
Iris yang duduk selang dua rumah turut terkejut. Luruh jantung! Iris garu pelipis bila tengok lelaki itu seperti marah padanya.
Lorh! Dia buat salah apa pulak kali ni? Rasanya dekat hospital tadi, mereka baik-baik saja walaupun ada la jugak bertikam lidah.
“You kenal ke?”
Iris tersenyum pada Mikhael. Kepala diangguk mengakui yang dia mengenali Mark.
You all gaduh ya?” Soal Mikhael gaya seperti kakak-kakak.
Iris jongket bahu tanda tak tahu. Mukanya berubah suram bila kena jeling dengan Mark. Dia buat Mark marah lagi. Iris mengeluh.
“Eiii...muka you ni sesuatu sangat! Korang ada apa-apa ek? Ke dia jealous tengok I dengan you ni?”
Mikhael yang memang jenis lembut selembut sutera tu dah mula buat cerita sendiri. Iris herot muka menyampah tengok Mikhael yang dah terliuk lentok dengan jari kelengkeng melentik-lentik.
“Jangan nak over la Mik!” Marahnya sebal. Mata tak berganjak daripada merenung kereta Vios milik Mark. Bak kata orang, tak nampak tuan badan.... nampak kereta empunya diri pun jadilah.
“Gosh! I kena bagi tahu Aisyah ni. Gosip! Gosip!” Tangan kiri naik mengipas muka macam la panas sangat. Tangan kanan pulak sibuk duk menaip gosip tentang Iris pada Aisyah.
Iris senyum sinis tengok Mikhael. Aisyah dah lama tahulah!
Tak lama kemudian, Iris nampak Mark keluar dari rumah dengan pakaian yang telah bertukar. Jean, jaket hitam berhoodie dan beg yang tergalas di bahu. Mungkin nak pergi hospital balik, bisik hati Iris.
Mark yang terasa diri diperhatikan, menoleh ke satu arah.
Iris!
Gadis itu merenung dirinya dengan renungan redup. Spontan langkah kaki Mark terhenti di tepi keretanya. Turut membalas renungan Iris.
Tak lama...
Mark! You’re really really really crazy! Mark mengutuk diri sendiri. Lantas dia segera membuka pintu kereta dan meloloskan badannya ke dalam perut kereta.
Iris kemam bibir yang mula nak terukir senyuman.
Mark berbalas pandang dengan dia! Oh my God! Muka Mikhael dipandang gembira.
“Sukalah tu dia pandang you!” Getus Mikhael dengan lirikan manja.
Iris tersengih-sengih suka dengan badan tergoyang kiri kanan. Ahaks! Macam nak menari tango la pulak.
Bila tengok kereta Mark bergerak perlahan-lahan ke arah dia, Iris betul-betulkan letak tudung. Tingkap kereta Myvi Mikhael serta merta bertukar menjadi cermin! Mulut termuncung menghembus ke atas agar tudungnya membentuk elok.
Alahai... slownya si Mukriez ni bawak kereta. Aku yang berdebar ni! Iris mengomel sendirian.
Mikhael ralit dengan grup WhatsAppnya menghantar gosip Iris dan si jiran.
Baby! Tengok Aisyah balas apa!”
Iris menoleh pandang Mikhael.
Vroom! Kereta Mark menderum laju melintasi mereka.
“Ops... maaf.” Mikhael bawa tangan tutup mulut bila tengok Iris memandang dia tajam.
Cis! Tak dapat nak tata Mark!

“BABY! Tengok Aisyah balas apa!”
“Baby? Puih! Ayam katik boleh la kut.” Mark membebel sorang-sorang dengan muka bengang. Panas telinga bila dia terdengar lelaki jambu yang bersama Iris memanggil girlnya itu baby.
Dia saja je pandu perlahan-lahan ketika melintasi rumah Iris. Tapi perkara yang menyakitkan hati pulak yang dia dengar.
“LOL!”
Stereng dihentak melepas geram. Kaki menekan minyak membuatkan kelajuan kereta makin meningkat. Sakit hati punya pasal sampai keselamatan diri pun dia tak peduli.
Saat masuk ke perkarangan gudang milik Red Dragon, Mark tengok ada beberapa pekerja sedang berkerumun sedikit jauh dari situ. Dia melangkah ke arah itu dan saat kehadirannya disedari, menggelupur pekerja-pekerja itu berlari ke dalam gudang semula.
Mark geleng kepala perlahan. Tahu takut! Ejeknya dalam hati.
Dia yang baru nak melangkah, kembali mematikan langkahnya saat terdengar suara Simon dan beberapa orang lagi sedang menempik-nempik.
Mark bercekak pinggang dengan sebelah tangan manakala lagi sebelah naik memicit pelipis. Nafas ditarik dalam-dalam menahan sabar. Dah la tadi dia bengang dengan si ayam katik calon menantu mak nombor 51! Sekarang tambah lagi dua malaun sengal!
Bila dia rasa dirinya sedikit tenang, Mark segera mengorak langkah ke arah datangnya suara itu.
“Simon!”
Serentak suasana menjadi sunyi. Simon dan orang-orangnya pantas berpaling memandang Mark.
Simon tersenyum sinis sambil bertepuk tangan. “Tengok siapa yang mencemar duli!” Ujarnya bangga melihat Mark berada di situ.
“Lepaskan diorang, Simon. Diorang tak ada kena mengena dengan kau.”
Simon tergelak besar. Gelak mengejek.
“Kau ingat aku tak tahu ke yang mamat ni polis?” Jari dituding ke arah Detektif Kamal yang telah lebam mukanya ditumbuk orang-orang Simon.
Mark mengetap rahangnya kuat.
“Tolong la lepaskan diorang. Kita kawan maa…” Mark cuba berdiplomasi. Dia tahu, kalau mengikut ego pasti dia dan kawan-kawannya kalah di tangan Simon.
“Itu dulu Mark, waktu tu kau ketua aku. Sekarang ni, aku dah dapat apa yang aku nak. Jadi kita dah tak ada apa-apa kaitan.”
Mark garu kepala. Kesabarannya makin menipis ni. Dan Simon pulak susah nak diajak berunding.
“Ingat la sikit jasa aku pada kau dulu. Aku banyak kali kut selamatkan nyawa kau.” Kali ni Mark guna pula isu balas budi. Sesungguhnya Mark bukan suka pun isu makan budi ni diungkit. Tapi demi nyawa kawan-kawannya, dia terpaksa.
Simon mengeluh panjang. “Kali ini terlepas. Tapi aku nak ingatkan kau, Mark. Kalau kitorang kantoi, kau dalangnya. Kami takkan lepaskan kau senang-senang,” ugutnya serius lalu terus beredar dari situ.
Mark merenung Malik dan Zainal tajam. Menyusahkan orang je la dua orang ni. Kemudian segera dia merungkai tali yang mengikat tangan dan kaki Detektif Kamal, Malik dan Zainal.
“Terima kasih, Mark,” ucap Detektif Kamal setelah ikatan tangannya terlepas.
Mark hanya mengangguk kecil. Sempat dia berpesan pada Detektif Kamal agar tidak melakukan apa-apa tindakan sekarang. Mereka kena buat strategi baru.

0 comments:

 
TeEn LoVe StOrY Blogger Template by Ipietoon Blogger Template