Sunday 20 August 2017

Dia Jejaka Eksklusif [Hikayat Seorang FIN]- Bab 9

PERBUALAN antara Inspektor Khalid dan bosnya, King tidak Mark dengari. Kepalanya melayang pada si emak yang ditinggalkan keseorangan di rumah.
Dengan permintaan emaknya lagi... Mark mengeluh perlahan.
Teringat tadi ketika dia ingin keluar dari rumah. Emaknya yang selama ini sentiasa tersenyum langsung tak nak pandang muka dia.
Mark tolak perlahan pintu bilik emaknya. Jam menunjukkan pukul 9:00 malam, selalunya waktu macam ni si emak masih ralit menonton televisyen. Tapi selepas kejadian di ruang makan, mak terus berkurung di dalam bilik.
“Mak, Riez nak keluar tau,” beritahunya lembut.
Puan Rahmah yang baring mengiring membelakangi Mark ketika itu hanya menggumam perlahan menandakan dia dengar apa yang Mark cakap.
Tanpa sedar keluhan terlepas di bibir.
Mak... Rintih Mark dalam hati. Tak tenang rasanya bila si emak mogok begini dengannya. Eh! Bukan mogok, tapi berkecil hati. Kaki melangkah menghampiri si emak. Bahu si emak disentuh lembut.
“Maafkan Riez, mak.” Badan membongkok sedikit lalu pipi tua itu dikucup lembut.
“Riez sayang mak. Riez pergi dulu ya,” pesannya lagi lalu melangkah dengan berat hati meninggalkan emaknya.
Mark meruap wajahnya. Hud atau penutup kepala yang tersidai di bahu diangkat menutupi kepala. Lalu kepala ditundukkan dan tangan naik bersilang tangan di dada.
“Kau kenapa ni?” Soal Malik yang hairan tengok Mark seperti melayan perasaan sorang-sorang.
Tanpa mengangkat wajah, kepala Mark menggeleng perlahan.
Sudahnya Malik dan Zainal saling berpandangan dan mengangkat bahu.
“Terima kasih untuk tuan dan yang lain kerana sering membantu pihak polis. Dah banyak aktiviti mereka kita dapat banteras, tanpa bantuan kalian semua memang agak susah juga untuk kami sebenarnya,” ujar Inspektor Khalid.
King tersenyum.
“Benda kecil je tuan. Selagi kami mampu bantu, kami bantu.”
“Tuan haji kenal Simon dan Apek?” Inspektor Khalid menyoal King. Sejak dia pergi menunaikan haji tahun lepas, panggilan itu terus melekat kepadanya. Mula-mula King rasa kekok, namun semakin lama dia semakin serasi pulak dipanggil tuan haji. Okeylah baginya berbanding dipanggil pak cik.
King pandang Mark dan yang lain. Kemudian dia mengangguk kecil menjawab soalan Inspektor Khalid.
“Kenapa tuan tanya?”
“Dulu mereka ahli kumpulan Batman kan?”
“Ya.”
Inspektor Khalid mengusap dagu seperti orang berfikir. Kemudian, air kopi O dihirup perlahan.
“Sebenarnya saya tertanya-tanya. Mana pergi ahli kumpulan Batman yang lain. Pasti tak semua setuju untuk meninggalkan kegiatan gelap tu kan?”
King, Mark, Malik dan Zainal saling berpandangan.
“Ada yang ingin berubah, ada yang tak mahu. Diorang berpecah masuk ke dalam ahli kumpulan gengster yang lain.”
“Simon dan Apek sekarang dikehendaki polis. Mereka disyaki terlibat dengan aktiviti pemerdagangan manusia. Kami tengah siasat lagi tentang benda ni. Tapi, sentiasa gagal kerana mereka pandai menyamar.”
Berkerut-kerut muka Mark ketika itu. Simon sekarang telah dilantik menjadi Fin dalam kumpulan kongsi gelap Red Dragon. Manakala, Apek? Mark tak pasti sama ada anak Joe, lelaki yang telah ditembak Mark dulu ada kaitan atau tidak dengan kumpulan Red Dragon.
Dua tahun lepas, ketika itu Batman masih kumpulan gengster. Ada pergaduhan besar dalam Batman kerana Joe, salah seorang ahli Batman telah merogol seorang gadis yang telah mereka culik. Dan Joe telah menembak Nick yang ketika itu menjadi ketua Batman.
Mark tembak Thor, Joe dan seorang lagi orang kanan Joe yang terang-terangan ingin menembak Nick.
Mark meraup wajah. Sekarang Apek pula telah mengikut jejak langkah ayahnya, iaitu menjadi orang kanan dalam kumpulan kongsi gelap.

PAGI-PAGI lagi, Mark, Malik dan Zainal bersama-sama Detektif Kamal iaitu orang Inspektor Khalid mengintip pergerakan Simon. Lelaki muda berambut warna merah itu tidak sedar mereka diperhatikan sedari tadi.
Memandangkan mereka bertiga tahu di mana markas kumpulan Red Dragon, jadi mereka bersama pihak polis bergerak ke tempat itu untuk mengawasi pergerakan Simon.
Tidak berapa lama kemudian, bunyi deringan telefon Mark memecahkan sunyi. Pantas Mark mengeluarkan telefon bimbitnya yang terselit di poket seluar jean.
Mark mengeluh perlahan bila tengok nama yang tertera di skrin telefonnya. Calon 51
Tidak lain dan tidak bukan... Iris!
Lambat-lambat Mark menjawab panggilan itu.
“Helo.” Suara Mark gaya orang bosan.
“Awak!!!”
Huish! Telefon dijarakkan sedikit dari cuping telinga. Mahu pekak jugak ni tak lama lagi.
“Kau nak apa pagi-pagi ni, Girl?” Soalnya senada.
“Mak awak kena langgar! Dia dekat hospital sekarang!” Iris bersuara cemas.
Mark mula menggigil lutut bila dengar berita itu. Terdiam dia seketika dek tergamam.
“Dia okey tak?”
“Stabil tapi koma.”
Ya Allah... koma? Mark meraup wajah dengan tangan kanan manakala tangan kiri memegang telefon. Rambut dicengkam seketika sebelum dilepaskan dengan muka berkerut kerisauan.
“Saya ada dekat Hospital Rawang.”
“Apa jadah jauh sangat sampai ke sana?” Mark mula meradang. Iris bawa mak dia ke mana tu!
“Kami saja jalan-jalan cari makan,” gumam suara itu dengan riak bersalah.
Mark cengkam stereng kuat. Dia sedang bekerja sekarang.
“Awak datang la awak. Saya sorang-sorang ni.”
“Nanti aku datang,” janjinya lalu terus mematikan talian.
Mak... Ya Allah, kuatkan mak aku. Moga-moga tak ada benda serius yang terjadi. Dia nak maknya sihat-sihat saja. Sudahlah dua hari mak tidak bercakap dengannya. Memang dia tak tenteram langsung sepanjang tempoh itu. Serba salah dan ada saja benda tak kena.
“Kau kenapa, bos?” Zainal bersuara bila tengok Mark yang resah saja saat mendapat panggilan itu.
Malik turut memandang Mark yang serba tak kena itu.
“Mak aku. Masuk wad.”
“Hah! Baik kau pergi tengok dia, Mark.” Zainal menggesa Mark.
Muka diusap perlahan. Rambut disebak ke belakang. Mark buntu.
“Janganlah risau, kerja ni kitorang bereskan. Kau pergi tengok mak kau.”
Mark toleh pandang Malik dan Zainal silih berganti.
“Okey. Buat kerja betul-betul. Kalau korang buat masalah, siap korang!” Pesannya tegas.
Dek kerana mereka naik satu kereta, Mark segera berlalu mencari teksi atau bas untuk ke Rawang. Dia meninggalkan keretanya pada Malik dan Zainal dan Detektif Kamal agar senang mereka menyelesaikan kerja mereka.
Elok sahaja kelibat Mark menghilang, Malik terus mencebik.
“Hek eleh... kerja dia pun kita yang tolong settlekan ada hati nak ugut-ugut orang!” Malik bersuara bongkak.
Tergeleng kepala Zainal bila dengar Malik selamba mengutuk Mark. Poyo! Padahal dialah yang banyak bikin masalah! Gerutu Zainal dalam hati. Lupa agaknya kes dulu tu. Salah culik! Mujur bos jatuh cinta dengan orang yang tersalah culik tu.

0 comments:

 
TeEn LoVe StOrY Blogger Template by Ipietoon Blogger Template