Sunday 20 August 2017

Dia Jejaka Eksklusif [Hikayat Seorang FIN]- Bab 11

KEPALA yang kian memutih itu diusap lembut. Mark tersenyum pada Puan Rahmah.
“Syukur mak dah sedar,” bisiknya penuh kelegaan.
Puan Rahmah tersenyum lemah. Dia masih tak berdaya nak bercakap, hanya mampu mendengar luahan perasaan anaknya itu.
Matanya bergenang saat melihat si anak.
“Maafkan mak.” Bisik suara itu lemah.
Wajah Mark berkerut tidak faham. “Kenapa pulak mak nak mintak maaf?”
Puan Rahmah menggeleng kepala perlahan. Tidak tahu bagaimana untuknya bercerita. Semua yang terjadi ini adalah salahnya. Puan Rahmah menyalahkan diri sendiri.
“Riez takut sangat kalau mak tinggalkan Riez.” Mata kembali berkaca bila teringat kemungkinan itu.
Perlahan-lahan Puan Rahmah angkat tangannya yang tidak berbalut. Pipi anak lelakinya itu diusap perlahan.
“Iris ada jaga Riez,” bisiknya lemah.
Mark berdecit perlahan. Tengok tu, sakit-sakit pun semangat lagi nak bercakap tentang si Iris. Mark mendengus sebal.
“Makkkk....” Rengeknya tidak suka seperti anak kecil membuatkan emaknya itu tergelak kecil.
“Macam... budak... kecik,” ucap Puan Rahmah satu-satu kerana terasa mengah di dada.
Mark tersenyum. Tangan tua itu dibawa ke bibir dan dikucup lembut.
“Cepat sihat ya, mak. Nak dengar mak membebel.”
“Budak ni!” Tekan si emak pura-pura marah.
Mark tergelak besar bila emaknya jegil mata pada dia.
Ya Allah.... asalkan emaknya peduli tentang dia, marah dia, bebelkan dia, Mark dah tak kisah. Malah dia suka mendengarnya menandakan si emak sentiasa sayang dan peduli tentang dirinya. Cukuplah emaknya tidak pedulikan dua hari.
“Cak!”
Serentak Mark dan Puan Rahmah berpaling ke arah pintu.
“Amboi...amboi...amboi...amboi...amboi...amboi!”
Tergeleng kepala Mark tengok Iris yang melangkah masuk dengan penuh ceria siap menyanyi lagu Altimet.
Mark menjeling Iris sekilas.
“Sampai luar tau Iris dengar suara gelak anak bujang mak ni. Kalau dengan Iris...hurm... suara kucing gersang nak mengawan je dengar.”
Kurang asam keping punya orang! Kucing gersang dia kata aku!
“Mulut beragak sikit!” Mark bersuara bengang.
Iris gelak-gelak je. Tangan sibuk mengeluarkan beberapa bekas makanan yang dia masak dari rumah.
Puan Rahmah hanya tergelak lemah. Bahagia rasa hati bila tengok anak bujangnya melayan kerenah Iris.
“Apa? Betullah!” Dalam tangan lincah melakukan kerja, mulut Iris masih lagi becok membidas.
“Riez. Dahlah,” tegur Puan Rahmah bila tengok mulut si anak dah terbuka nak beradu kata dengan Iris lagi. Aduhai anak, tak adanya kamu menang. Gerenti minah becok yang kamu cakap itu yang sentiasa menang, getus Puan Rahmah dalam hati.
Iris jelir lidah dengan mata dibuat juling pada Mark. Wek! Kalah!
“Mak, umi kirim salam. Ni semua umi yang masak. Maaf, dia tak dapat jenguk sebab umi pun tengah tak berapa sihat.”
Semangkuk bubur ayam dibawa rapat ke arah Puan Rahmah. Tubuh tua itu didudukkan dengan berhati-hati.
Mark yang melihat turut membantu Iris mendudukkan emaknya. Disebabkan kaki dan tangan kanan emaknya patah, jadi pergerakan emaknya sedikit terbatas.
“Susahkan umi kamu je.”
Iris tersenyum. “Mana ada, Iris pun ada tolong umi jugak.”
Sempat lagi dia melobi diri sendiri, kutuk Mark diam-diam. Mark berpeluk tubuh sambil bersandar pada kerusi. Matanya tidak lepas melihat Iris yang sedang menyuapkan emaknya makan.
Gadis itu nampak berseri hari ini. Bertudung bawal, skirt labuh dan berkemeja. Memang tidak dinafikan, Iris ini sejak pertama kali mereka berjumpa lagi memang seorang yang bergaya.
Walaupun simple, tapi tetap bergaya dengan caranya tersendiri.
Tubuh genit dengan kulit kuning langsat itu kadang-kadang buat Mark rasa nak sekeh-sekeh je kepala biar lagi ketot! Tapi seketot-ketot gadis itu, masih lagi menghuru-harakan emosi dia.
“Mak...tengok tu. Ada orang tengok kita tak berkelip, dah jatuh cinta la tuuuuuuu....” Perkataan terakhir tu sengaja Iris leretkan.
Puan Rahmah tersenyum pada Mark.
“Alhamdulillah kalau macam tu. Mak kena cepat sihat la nampaknya.”
“Kenapa mak?” Iris bertanya pelik.
“Sebab nak uruskan kenduri makan nasi minyak anak teruna tunggal mak ni la.” Puan Rahmah tergelak kecil.
Mark yang tersedar siapa yang dimaksudkan Iris terus membetul duduk. Cis! Nampak aje si ketot ni.
“Assalamualaikum.” Ikmal masuk dengan uniform polisnya. Turut masuk dua orang polis mengekori langkah kaki abang long Iris.
“Waalaikumussalam.” Serentak mereka menjawab.
Pantas Iris mendekati abangnya lalu menyalami tangan kasar itu.
“Mak cik ada rasa okey sikit?” Ikmal berbasa basi saat mampir dekat dengan katil.
Puan Rahmah mengangguk dengan senyuman.
“Ni Inspektor Azman dan Sarjan Husni dari balai Rawang. Disebabkan buat laporan di balai polis sini, jadi mereka yang urus kes tu,” terang Ikmal.
Mark hanya diam pasang telinga.
“Alhamdulillah ada rakaman CCTV yang terpasang di deretan kedai tempat Iris parking kereta. Jadi memang kita dapat nombor plat kereta pelaku.”
Mark pandang Ikmal dan kebetulan Ikmal turut merenung dirinya.
“Inspektor Azman dan Sarjan Husni akan ambil keterangan Mak Cik Rahmah. Jadi jom kita keluar dulu,” sambung Ikmal lagi dengan pandangan yang tidak lepas daripada merenung diri Mark.
Liur tertelan kesat. Lambat-lambat kepala diangguk lalu Mark meninggalkan emaknya bersama dengan dua lagi pegawai polis yang diperkenalkan Ikmal tadi.
Iris tersenyum-senyum saat berjalan beriringan dengan Mark. Manakala abangnya sudah menonong jalan di hadapan mereka menuju ke kafe hospital.
“Kau tak kerja ke?” Suara garau Mark memecah sunyi.
Iris yang sibuk berangan tersentak sekejap, kemudian kepala menggeleng laju.
“Banyak betul masa kau,” ujarnya lagi. Mark rasa dia dah terkena jangkitan mulut becok daripada Iris. Selalunya dia memang tak peduli langsung tentang orang lain.
Iris kemam bibir yang mula nak koyak senyum lebar. Mark nak ambil tahu tentang Iris! Ahaks!
“Awak, sekarang kan musim cuti sekolah.”
Kening Mark ternaik sebelah.
So what?
Hish! Iris pandang Mark di sebelah, tangan naik buat gaya macam nak mencekik leher lelaki itu.
“Saya cikgu sekolahlah!” Tekan Iris serius.
Mark lantas tergelak membuatkan Iris panar dan bingung.
“Apa?” Soal Iris blur.
“Patutlah mulut macam bertih jagung meletup.” Mark bersuara selamba lalu terus berjalan laju meninggalkan Iris yang mengeram kegeraman.
Ikmal yang menunggu merpati dua sejoli itu hanya tersenyum-senyum saat Mark semakin hampir dengannya.
“Kau bila lagi dengan adik aku?”
Lorh! Mark berdecit perlahan.
“Kitorang kawan je,” tegasnya lalu terus duduk di hadapan Ikmal.
“Awak! Mukriez Akmal! Selamba awak kata saya bertih jagung meletup? Eiii geramnya!” Bibir Iris termuncung panjang. Kerusi ditarik kasar membuatkan bunyi seretan sedikit kuat menarik perhatian pelanggan lain yang berada di kafe itu.
Iris tayang sengih bersalah bila abangnya jegil mata.
“Korang ni asyik bergaduh je. Lama-lama kahwin. So sweet!” Ikmal kelip-kelip mata pandang si adik di sebelah dan Mark yang buat muka beku di hadapan.
Mark rasa abang dan adik memang sama gen. Spesies sengal!
Aduhai... bertabahlah hati.
“Aku wali si Iris ni. Aku restu kalau kau yang masuk meminang,” giat Ikmal lagi. Bersungguh dia nak kenenkan adiknya dengan lelaki dingin itu.
Mark tayang sengih tak-apalah-terima-kasih-je!
Kembang kempis hidung Iris terharu bila si abang ni memang memahami betul!
Terbaiklah abang long! Soraknya dalam hati.
SELESAI urusan soal siasat dua pegawai polis bersama Puan Rahmah, mereka segera meminta diri. Iris turut bergerak balik mengikut abangnya membuatkan hanya tinggal Mark dan emaknya saja.
“Kenapa mak nak ke Tanjung Malim?” Dia baru teringat nak bertanya tentang hal itu.
Puan Rahmah terdiam membuatkan Mark rasa emaknya itu seperti nak sembunyikan sesuatu pada dia.
“Mak...”
Puan Rahmah tarik senyum segaris. “Tak ada apa. Saja nak berjalan-jalan.”
Muka emaknya direnung dalam-dalam. Sesuatu sangat! Bisik Mark bila tengok emaknya melarikan anak mata daripada bertentangan dengannya.
“Janganlah pandang mak macam tu.”
“Riez risaukan mak.” Mata masih tak berkalih daripada melihat syurganya itu.
Puan Rahmah tersenyum.
“Mak lagi risaukan Riez,” bisik wanita itu perlahan.
“Mak cakap apa?”
“Tak ada apa.” Puan Rahmah berdalih.
Mark mengangguk kecil lalu terus berlalu melabuh duduk di sofa yang terdapat di wad itu.
Telefon dikeluarkan dari kocek seluar lalu aplikasi WhatsApp dibuka. Pesanan daripada Malik.

-Mark!!! Tolong kitorang! Bos tahu ni gerenti kitorang kena bunuh!

Dahi mula berkerut tidak faham. Apa lagilah masalah dua budak sengal ni buat.

+Kau buat apa pulak kali ni?
-Simon dah tahu kita ekori dia!

Shit! Mark menyumpah dalam hati. Malik dan Zainal memang tak sah kalau tak buat masalah!

0 comments:

 
TeEn LoVe StOrY Blogger Template by Ipietoon Blogger Template