Sunday 20 August 2017

Dia Jejaka Eksklusif [Hikayat Seorang FIN]- Bab 8

MARK berhentikan kereta di hadapan rumah Iris. Dashboard dibuka lalu satu plastik diambil dan diletak di atas riba Iris.
“Untuk kau,” ujar Mark tapi muka tanpa riak itu tidak langsung menoleh pandang Iris. Tegak merenung ke hadapan.
Iris tegakkan leher meninjau di hadapan kereta.
Gamaknya tong sampah rumah aku lagi cun kut daripada muka aku. Itu sebab dia tak kalih pun tengok aku, gerutu Iris dalam hati.
“Apa ni?” Iris pandang Mark.
Mark diam tak menjawab membuatkan Iris herot muka menyampah. Buka mulut sikit pun malas!
Eh! Tudung shawl bercorak bunga-bunga dipegang Iris. Ada dua helai!
“Terbeli lebih.” Senada suara itu memberitahu.
Iris simpan senyum. Terbeli lebih konon! Padahal tudung untuk Puan Rahmah tak ada pulak jenis bercorak yang Mark beli tadi. Semua jenis kosong je.
Eiiii! Mark ni sweet tahu tak! Tapi jenis tak nak cakap.
“Dah, keluar.”
Hish! Baru nak ada feeling-feeling kebun bunga. Zass! Bunga kena cantas. Ceh! Iris mencebik.
Tolak lima peratus lelaki idaman Iris.
“Ya la! Nak keluar la ni!” Rengusnya, segera berlalu keluar dari kereta Mark.
Mark tunggu sehingga Iris berlalu masuk ke dalam rumah, namun belum pun sempat Iris buka pintu pagar, umi Iris dan seorang lelaki sebaya Mark sudah berlalu keluar mendekati mereka.
Cepat-cepat Mark keluar dari kereta dan berdiri di sebelah Iris.
“Assalamualaikum, mak cik.” Mark menunduk hormat pada wanita separuh baya yang manis bertudung labuh itu. Manakala tangan dihulur untuk bersalam dengan lelaki muda kemungkinan abang Iris.
“Waalaikumussalam. Kamu sihat?” Puan Laili tersenyum manis pada Mark.
Mark hanya mengangguk kecil dengan senyuman segaris.
“Alhamdulillah. Sihat. Mak cik?”
“Sihat orang tua. Susah nak nampak kamu. Sibuk ke kerjanya?”
Mark tayang sengih.
“Kau kerja apa?”
Mark kalih pandang lelaki muda berkulit cerah itu. Ada iras Iris.
“Kerja biasa je.”
Iris di sebelah mencebik sedikit.
“Dia ni peguam la along.” Dengan baik hati Iris tolong beritahu.
Mark mula rasa nak tenyeh je mulut becok sebelah dia tu. Haih! Buatnya kantoi dia jugak yang kena. Padahal dia tak mengeyakan pun selama ni. Iris yang memandai sendiri.
“Ooo... firma mana?”
Banyak pulak soal mamat ni, getus Mark yang mula tidak selesa disoal lelaki muda itu.
“Batman Holding. Peguam penasihat untuk syarikat tu je.”
“Oh. Aku Ikmal.”
Umi dan Iris tergelak kecil bila lelaki berdua itu dah lama berbual tapi baru nak perkenalkan diri.
“Mukriez.”
“Along saya ni polis di Bukit Aman.”
Err... Mark terdiam. Thanks to Iris sebab dengan baik hatinya memberitahu.
Mark cepat-cepat meminta diri dari situ bila tak tahu nak cakap apa lagi. Harap-harap dia tak jumpa lagi lelaki itu. Entah kenapa aura antara mereka, Mark rasa macam awan gelap je. Macam ada benda yang akan berlaku. Rasa tak sedap hati sungguh.

“BANYAKNYA lauk,” tegur Mark saat kaki melangkah masuk ke ruang makan itu. Terhidang beberapa jenis lauk di atas meja. Emaknya pulak ralit mengacau air di dalam teko.
Puan Rahmah tersenyum pada Mark.
“Duduk makan. Ni semua lauk kenduri siang tadi. Kawan mak bagi.” Secawan Nescafe panas diletakkan di hadapan anak bujangnya itu.
Mark tersenyum terima kasih. Usai membaca doa makan, terus dia menyuap makanan.
“Sedap, mak.”
“Makanlah. Habiskan. Tak boleh disimpan sampai besok ni. Nanti basi.”
Mark angguk-angguk kepalanya. Lauk ayam masak merah dicedok ke dalam pinggan nasi emaknya.
“Lauk kegemaran mak.”
Puan Rahmah tersenyum lebar. Mukriez.... selalu saja buat dia rasa dihargai dan terharu.
“Terima kasih, sayang.”
Mark tayang sengih pada si emak. Kemudian suasana sepi semula.
“Kalau Riez dah kahwin. Riez layan isteri macam layan mak ya. Layan baik-baik. Utamakan dia daripada kerja Riez.”
Terangkat kening Mark bila dengar suara emaknya macam syahdu je. Terus terhenti tangan dia yang ingin menyuap nasi.
“Kenapa tiba-tiba ni mak?”
Puan Rahmah merenung wajah kehairanan anaknya itu.
“Kamu tu dah 31 tahun. Patut dah kahwin dah.”
Wajah Mark terus berubah kelat. Tahu dah apa yang emak dia nak sampaikan. Topik utama antara dia dan mak, KAHWIN!
“Mak ni... 31 tahun untuk seorang lelaki itu normallah,” bidasnya bernada lembut.
Puan Rahmah menarik nafas dalam.
“Normal-normal jugak. Tapi orang lain ada jugak kawan perempuan bagai. Kamu? Tak ada langsung! Berkawan dengan perempuan pun tak ada!” Puan Rahmah dah start enjin 1 membebel.
Mark suap daging rendang ke dalam mulut. Muka bosan tercetak di wajahnya.
“Riez, sampai bila nak membujang. Kalau mak tak ada nanti, siapalah yang nak jaga kamu.” Suara emaknya mula berubah lirih dan sebak.
Mark garu kepala yang tak gatal.
“Mak, Riez tak sedia lagi,” gumamnya perlahan. Nasi dikuis-kuis dengan tangan.
Puan Rahmah menarik nafas dalam. Itulah yang dia risau sangat dengan si Mukriez ni. Tak sedia...tak sedia. Lagi seram! Entah-entah betul yang anak dia seorang gay!
“Kamu gay ke?”
Mark panar.
“Astaghfirullahalazim, mak ni. Orang straight lagi la mak. Lelaki lagi.”
“Dah tu. Carilah sorang wanita, Riez. Baru hilang risau mak.”
Mark tepuk dahi. Pulak dah!
“Mak pinangkan Iris ya untuk kamu.”
Mark cepat-cepat tarik bekas air basuh tangan. Mak dia ni makin melalut dah ni. Sampai nak pinangkan Iris minah ketot mulut becok tu. Oh! Pleaselah!
“Mak... Riez tak nak Iris!” Pangkahnya sedikit merengek tapi merengus.
Takut kalau dia bersuara tegas, tak pasal-pasal ternaik pulak nada suara dia. Dah nanti jadi anak derhaka pulak.
“Okey...tak nak Iris, Alina macam mana? Riez suka gadis macam Alina ya?” Puan Rahmah cuba bertolak ansur.
Selama ini dia cari calon isteri untuk anak bujangnya itu ikut cita rasa dia saja, cuma yang calon ke 52 saja dia pilih lain daripada yang lain. Mana tahu Mark akan setuju.
Alina pulak! Mark rasa macam nak hantuk kepala dekat dinding.
“Mak. Orang tak nak Alina jugak. Orang tak nak sesiapa.” Mark bersuara tegas. Mukanya serius merenung wajah emaknya.
Puan Rahmah termati kata. Tak tahu dah nak cakap apa pada anaknya itu.
“Habis tu. Kamu memang gay la ni? Mak tengok asyik berkepit je dengan si Malik dan Zainal tu. Tak pun kamu dengan si Black dan bos kamu, Nick. Macam mana hati seorang mak ni tak risau, Mukriez Akmal? Kawan-kawan kamu semua lelaki. Perempuan langsung tak ada. Nama perempuan langsung tak pernah meniti dekat bibir kamu tu. Hati mak ni risau sungguh tahu tak!”
Muka Mark berkerut serba tak kena. Tengkuk digaru-garu tak tahu nak bereaksi macam mana.
“Lain kali kita bincang ya mak.” Mark dah bangun berdiri untuk berlalu dari situ.
Puan Rahmah mengeluh panjang.
“Kalau betul kamu tak songsang, cepat-cepat cari gadis yang kamu berkenan tu dan bawa jumpa mak. Yakinkan mak, Mukriez.”
“Ya rabbi mak... macam mana nak bawak jumpa mak. Sorang pun tak ada.” Rambut dicengkam kuat menahan geram dengan mak kandung sendiri.
Aduhai... Ya Allah, tebalkanlah kesabaran aku. Doa Mark dalam hati.
“Mak pinang Iris ya?” Puan Rahmah cuba nasib lagi memujuk si anak.
Mark menggeleng laju. “Tak payahlah, mak.”
Puan Rahmah bangun dari duduknya dan mendekati Mark. Bahu si anak disentuh lembut.
“Habis kamu nak siapa? Kamu cakap...mak akan pinangkan dia untuk kamu,” pujuknya lagi.
“Mak! Tolonglah faham! Riez tak nak!” Tempik Mark lantang akibat hilang sabar ditekan berkali-kali oleh si emak.
Puan Rahmah tergamam. Terkejut ditempik oleh si anak. Pertama kali Mukriez meninggikan suaranya pada dia.
“Ri...ez”
Mark meraup wajahnya. Kesal telah meninggikan suara pada emaknya. Dia mengutuk diri sendiri bila tengok emaknya sudah teresak kecil.
“Mak...” Mark memandang ke arah Puan Rahmah. Namun emaknya pantas berpaling membelakangi Mark membuatkan Mark makin rasa bersalah.
“Mak, maafkan Riez. Maafkan Riez.” Tubuh tua itu dipeluk erat dari belakang. Kepala Mark jatuh pada bahu si emak.
“Maafkan Riez. Riez tertekan. Riez tak mampu mak. Tak mampu bahagiakan Iris.”
“Mak...” pujuk Mark lagi bila si emak hanya diam tidak membalas. Tapi dia tahu emaknya itu masih menangis.
“Jangan menangis, mak. Ampunkan Riez. Riez tak nak jadi anak derhaka sebab buat emaknya menitiskan air mata. Maafkan Riez.”
Puan Rahmah leraikan tangan Mark dari menyentuh tubuhnya. Air mata yang menitis dikesat kasar.
“Mak penat, kamu naik la dulu. Mak mengemas kejap, nanti mak nak rehat.”
Mark pandang tubuh si emak yang terbongkok mengemas meja makan dengan mata yang berkaca-kaca. Sungguh! Dia terlepas kata. Dia tertekan bila diasak bertalu-talu. Sudahnya dia betul-betul rasa bersalah meninggikan suara tadi.
Mak, ampunkan Riez.


0 comments:

 
TeEn LoVe StOrY Blogger Template by Ipietoon Blogger Template