Saturday 16 September 2017

Dia Jejaka Eksklusif- Teaser 1

KAKI terjengket-jengket, kononnya tak nak lelaki yang sedang fokus dengan telefon di tangan itu menyedari kehadirannya. Sedangkan tanpa si isteri sedar, bauan vanila si isteri telah sebati di deria bau si suami.
“Cak!” Kedua mata encik suami ditutup dengan kedua belah tangannya dari arah belakang.
Mark tahan senyum, kaku tidak bergerak. Layankan saja perangai sengal Iris.
“Cuba teka ni siapa?” Suara ditukar seperti suara lelaki. Garau dan dalam. Padahal, hakikatnya, suara halus itu langsung tidak berubah.
Mark tergelak kecil. Tangan Iris yang menutup matanya itu disentuh lalu digenggam.
“Orang kerdil,” jawabnya selamba. Saja nak menyakat Iris.
Iris menghentak kaki geram. Tangannya menepis tangan Mark lalu menghempas punggung di sebelah lelaki itu membuatkan Mark tergelak besar berjaya membuatkan Iris marah.
“Benci tau dia ni. Cuba jawab dengan jujur. Mana ada orang kerdil dalam rumah ni,” bebel Iris sambil berpeluk tubuh marahkan suaminya.
“Laa.. betul la. Kau kan ketot.”
Grrr! Iris menjeling Mark tajam. Susah tau dapat suami tak romantik ni. Dah la tak romantik tambah beku tambah tak ada perasaan. Lagi susah! Kita nak bermanja-manja, bergurau senda pun tak menjadi sudahnya!
“Dah la, gurau je.” Mark cuit-cuit lengan Iris. Ingin memujuk wanita itu.
Iris mencebik tidak berpuas hati dengan cara pujukan suaminya. Macam tu je? Ala… setakat cuit-cuit, dia pun boleh.
“Iris…” keluh Mark buntu, tidak tahu cara memujuk wanita itu.
Iris tarik sengih sinis. Padam muka!
Geram melihat senyuman sinis itu membuatkan Mark merentap kasar tangan Iris sehingga tubuh kecil itu terangkat dan jatuh menindih tubuhnya.
“Awak!” Getusnya geram. Meronta-ronta Iris ingin melepaskan dirinya dari dalam pelukan suaminya itu.
Mark tersenyum kemenangan. Matanya merenung Iris redup. Berdegup kencang dadanya saat terasa kehangatan tubuh isterinya.
Rontaan Iris semakin melemah. Terpaku dalam renungan Mark yang menghantar isyarat cinta. Perlahan-lahan tubuh Iris mula longlai dalam pelukan suaminya itu. Kepalanya direbahkan di atas dada Mark. Selesa bersandar di situ.
Mark usap lembut belakang tubuh isterinya. Senyuman di pinggir bibir semakin melebar. Pipi gebu itu dikucup sekilas sebelum dia beralih ke cuping telinga si isteri. Kucupan turut berlabuh di situ seketika sebelum dia berbisik perlahan.
“Girl, dah nak dekat asar.”
Prang! Berkecai mimpi-mimpi indah Iris tadi. Terbuka luas matanya lalu mendongak merenung Mark yang tersenyum nakal itu.
Cis! Dada Mark dipukul perlahan lalu Iris bergegas bangun dari atas tubuh sasa itu. Baru tengah feeling-feeling romantik, lelaki itu selalu saja merosakkannya.


DIA JEJAKA EKSKLUSIF DAH BUKA ORDER!

DIA JEJAKA EKSKLUSIF karya Cik Bawang
Harga : RM25sm / RM28ss

Berminat nak beli online? Boleh whatsapp 0187877264 / FB Cik Bawang


Sinopsis :
"Mak tak kira, Mukriez! Kamu pergi jumpa jugak calon yang ke 51 yang mak aturkan ni." – Puan Rahmah
BERMULALAH dilema Mukriez Akmal atau Mark apabila diajukan calon-calon pilihan emaknya.
CALON 51!
"I'm actually not really interested with arranged marriage but looking at you now, makes me think twice to refuse."
Speaking London la pulak minah ni... 
Mark cuma senyum sinis. Tahu dah. Dia handsome! Tolonglah cakap tentang benda lain, benda ni dia dah lama tahu. Mark berfikiran nakal.
"Dengan senyuman awak. Wow! I'm melting! Awak memang pendiam ya? Senyum je dari tadi. So sweet!"
Urgh! Aku senyum sinis la! Makin menyampah pulak Mark tengok calon 51 ini.
JEJAKA itu misteri. Namun ketaatan Mark terhadap Puan Rahmah buat paratus kebaikan calon suami Nurul Iris itu sentiasa bertingkat tanpa dia ketahui siapa Mark sebenarnya.

Awak datang macam lanun. Awak pergi macam hujan. Awak tawan hati saya gaya lanun. Awak tinggalkan hati saya dengan pelangi lepas hujan. – Iris
Macam mana dia nak sedia? Sampai bila-bila pun dia tak sedia. Walaupun dia bekerja sebagai peguam, tetap hakikatnya dia pernah menjadi seorang pembunuh! – Mark
MAMPUKAH mereka bersatu?
Garapan Cik Bawang tetap kekal sempoi, ada hala tuju, tak kering gusi tanpa melupakan ilmu akhirat.

2 comments:

Miss__nur said...

Wahhh!!! Novel!!!! 😍😍

Unknown said...

Bestnyeee novel ni bila baca

 
TeEn LoVe StOrY Blogger Template by Ipietoon Blogger Template